Friday, February 24, 2012

Ayam panggang paling mudah dan air longan blended


Fikir punya fikir, apa benda nak masak ni, dapatlah idea nak masak ayam panggang paling mudah, tidak memerlukan banyak bahan dan sedap. Bila dah siap ayam panggang tu terfikir pulak nak minum air buah, tengok ada pulak longan dalam tin, apa lagi masukkan dalam blender, blend sampai hancur dan masukkan ais memang tak sangka sedappp.

Ayam panggang mudah

  • dada ayam - kalau ada, kalau tak ada apa-apa pun boleh janji ayam
  • bawang putih dan halia - mesin sampai hancur
  • lada hitam
  • garam
  • tomato sos
  • mustard

Cara-cara:
Gaulkan semua bahan di atas dan biarkan selama 10 minit, lagi lama lagi bagus. Nak panggang tu pakai aja apa yang ada, microwave ke oven ke, hari tu aku punya malas panggang dalam pan je (kuali leper). Panggang jelah sampai masak. Dah masak nak makan dengan nasi ke, makan dengan cili sos ke sos lada hitam ke suka hatilah...

Wednesday, February 8, 2012

kobis lemak putih dan sambal udang mudah


Makan malam yang amat simple semalam, dah lah makan lambat pukul 8.00 baru masak sebab apa??? melayan cerita "money never sleep" best juga cerita dia, disebabkan duit bapa sanggup tipu anak.. ehhhh memang berantu betul duit ni kan.. anak beranak pun sanggup berbunuhan...

Habis cerita tu barulah lari ke dapur, apa nak masak ni, yang paling cepat, mudah dan sedap. Ini dia masakannya (sayur lemak kobis, sambal udang mudah, ikan goreng dan sambal belacan).

Kobis masak lemak putih

Potong kobis, basuh masukkan ke dalam periuk, (saya gunakan kobis beijing, sebab dia manis dan rangup)
potong sedikit bawang merah,
sejemput ikan bilis atau udang kering
cili merah kalau ada
lobak merah kalau ada
santan
garam
kalau nak manis bubuh gula sikit
semalam semata-mata kobis dengan bawang dan udang kering je... nak cepatlah katakan
masukkan semua bahan dalam periuk, letak atas api, tunggu sampai mendidih, jangan tinggalkan nanti pecah lemak dah tak sedap. Bila mendidih tu kacau supaya tak pecah lemak bila kobis dah layu ok lah tu dah masak

Sambal udang mudah

25 ekor udang sederhana
3 senduk kecil cili mesin
gula, garam, sos ikan (kalau ada)
bawang besar

Tumis cili mesin sampai garing atau masak, masukkan bawang besar dan udang, garam dan gula, sos ikan, kacau sekali sekala. Tunggu sehingga udang masak dan angkat.




Tuesday, January 10, 2012

Jalan-jalan cari makan (Kuantan)

Salam sejahtera... dah lama tak berjumpa di dalam blog makan apa ni, maklumlah tersangat sibuk sangat... sampaikan nak update blog pun tak sempat, sebenarnya bukan tak ada aktiviti masak ni, ada tapi kadang kala tu benda yang sama je masak dan ada tu dah masak tapi terlupa nak snap gambar daaa melepas...

ok untu entry hari ni nak promote sket tempat yang kita orang tak pernah miss kalau ke Kuantan, ni haa kedai dia Pak Su, tepi laut memang selesa dan nyaman. Kedai ni kepunyaan orang cina tapi semuanya sea food, memang ramai orang makan kat sini, meh tengok apa yang kita orang makan ni, - ikan siakap stim, butter prawn, lobster goreng nestum, ketam goreng pedas, sup sayur
Ini papan tanda kedai dia ini bil nya, perhhh pereh aku, makan tak ingat


Tuesday, November 8, 2011

Asam pedas ikan pari

yesss kita berjumpa lagi, dah lama tak bersua di alam blog ni, entah macamana lepas cuti hari raya haji ni ada kelapangan masa untuk mengetuk keyboard kembali. Kali ni nak berkongsi masakan asam pedas ikan pari berencahkan terung. Tiba-tiba terjumpa pulak gambar ni dalam folder picture tu, tapi sorry gambar tu tak berapa nak senonoh, comot sikit, sebab tengah makan baru teringat nak snap gambar, jadi lah gambar tu...

Bahan

Ikan pari (basuh bersih-bersih, kalau tak nanti bau hanyir)
terung (sayur lain pun boleh)
cili kering mesin
belacan
daun kesum (kalau tak ada, bunga kantan atau serai pun boleh, daun kari pun ok gak)
bawang putih
bawang merah
sedikit lada hitam (jika suka)
asam jawa

Cara-cara
1. Tumbuk belacan, bawang putih dan merah
2. Tumis cili kering mesin dengan bahan di atas, sampai garing
3. Masukkan air asam jawa
4. Masukkan semua bahan lain di atas (ikan, sayur dan daun kesum)
5. Masukkan garam secukup rasa
6. Tunggu sehingga masak dan hidangkan (terung empuk)

dahhh siap, senang je masak ni ...

Tuesday, October 4, 2011

Bertemu kembali




yaaa ampunnnn dah bersawang dah blog kita ni... punyalah lama tak bertengok, mula dari puasa hari tu sampai lah dah nak raya haji ni ha baru kita jumpa balik. Bukannya kita dah tak masak, masak tetap masak tapi memang sibukkkk sangat sampai tak sempat nak berblog. Cerita sebenarnya masa bulan puasa hari tu kita tak masak sangat kita order pakai mangkut tingkat je.. jadi tak ada benda nak kongsi pasal masak-masak ni. Tiba-tiba lepas raya sibuk pulak ngan rumah terbuka jadi macam tak masak jugak.. bila dah habis raya ni insyaallah kita akan aktif balik, nanti kita akan uploadkan balik ya kita punya resipi bodo-bodo tu,,, soryy mr blogger... nanti kita bronline lagi ya...

Friday, August 19, 2011

Rojak Sotong Kangkung


Haaa tiba-tiba je teringin nak makan rojak sotong kangkung, terliur bila teringatkan sotong ni nak pulak tengah puasa ni.... nak buat dia bukan susah pun senang dan cepat meh kita tengok resipinya..

Bahan2

Seekor sotong basah (kembang) kita orang panggil sotong plastik
1 ikat kangkung - nak sedap lagi pakai kangkung kampung yg daun dia lebar tu
3 keping tauhu
1 biji timun

Cara-cara

1. Potong kangkung dan sotong. Rebus kangkung dan sotong dan toskan
2. Goreng tauhu dan potong nipis
3. Potong timun

Cara makan campurkan semua bahan di atas dengan kuahnya

- Bahan untuk kuah

3 sudu cili sos
3 sudu kicap masin
1 sudu kacang tumbuk
1 sudu bijan kalau ada kalau tak ada tak payah letak
sebiji limau nipis atau kasturi
1 sudu otak udang - ni pun kalau ada kalau tak ada gantikan dgn kuah rojak je, saya pakai kuah rojak mak bee tu kalau tak ada juga tak payah la letak,

Cara-cara

Campurkan semua bahan dan kacau sampai rata


Thursday, August 4, 2011

Sup sayur ala gaya orang cina


Dah jenuh fikir, nak masak apa untuk buka selera bersahur, akhirnya masak sup sayur ala cina, memang mudah dan cepat, rebus aja tak payah nak tumis-tumis. Ikan sembilang goreng sambal lebih berbuka ada lagi, dah tak payah buah lauk dah. Sup ni memang sedap dihirup masa panas-panas kalau dah sejuk tak sedap itu la pasal kaum cina suka makan panas-panas. Sup ni sebenarnya bubuh aja sayur apa pun kalau ada kat peti ais tu, yang penting ada sawi masin atau kobis masin itu dia punya penyedapnya, sayur lain-lain tu belasah aja ikut suka, perencahnya letakla apa yang ada udang, ketam, sotong, ayam atau lain-lain. Ini resipi yang aku buat semalam mengikut apa yang ada saja.

Bahan-bahan

Sawi atau kubis masin atau jeruk (mesti)
fish ball
udang
cili benggala (sebab tak ada cili merah, klau ada cili merah boleh gak)
tomato (potong empat)
halia (hiris nipis)
bawang putih (hiris nipis)
sedikit kobis (kalau ada karot pun boleh, apa-apa sayur la yang sesuai untuk dijadikan sup)
garam (jangan banyak sangat sebab sayur jeruk tu dah masin)

Cara-cara (memang mudah gilerr)
Masukkan kesemua bahan di atas dalam periuk, masukkan air, letak atas api biar sampai mendidih atau masak, dahhhhh siap bolehlah dihidangkan.


Tuesday, August 2, 2011

Lai ci kang


Apa nak masak untuk berbuka puasa ya... bebudak kat rumah ni, tak ada fikir lain, melainkan air air air... apa nak minum untuk menyegarkan tekak. Apa kata kita buat lai ci kang sejuk mesti segar kan. Sebenarnya buat laici kang ni tak payah nak pening kepala nak masukkan apa, yang penting bunga kembang semangkuk dan halwa kundur, yang lain-lain tu kalau ada apa salahnya, antara bahannya kurma cina yang warna merah tu, telur puyuh, biji teratai, cincau dan banyak lagi.

Bahan-bahan

gula melaka / gula merah / gula putih
halwa kundur
laici dalam tin
buah kembang semangkuk
sagu
barli kalau ada

Cara-cara
1. Bancuh gula, rendamkan bunga kembang semangkuk sampai kembang
2. masukkan semua bahan dalam air gula tadi dan masukkan bunga kembang semangkuk yang telah kembang
3. masukkan air batu, kalau nak sejuk, kalau nak panas masukkan air panas
4. Itu je... memang melegakan tekak

Wednesday, July 27, 2011

Sambal bacang belacan dan sup petola dan soon


Pikir punya pikir apa nak masak hari ni, nak mudah nak cepat tapi nak sedap. Last sekali buat ikan bawal hitam masam manis, sup petola campur soon (en mus tu mesti nak kuah) dan sambal belacan campur buah bacang masak (kampung aku panggil buah macang). Buah macang ni kalau masa dia muda, getah dia amat berbisa, kena kat kulit boleh melecet kulit macam kena api tu... masa kecik dulu selalu kena sampai ke muka pun ke
na, dah tu pegi lah sekolah dengan muka melepuh macam kena api, bila dah baik parutnya bukan sekejap lama pulak tu baru nak hilang. Semua tu tinggal kenangan je. hari tu balik kampung tengok buah macang ni berguguran je dekat depan rumah mak tih, tak ada orang pun nak amik, bebudak sekarang ni tak hingin dia nak makan buah macam ni, mereka lebih suka dengan makanan ringan yang ada kat kedai, zaman aku dulu lambat gugur je, kalau tak sabar sangat siap jolok lagi, tu yang kena getah tu... Buah macang ni aku kutip bawak balik makan mentah macam tu je, lebih sedap dari mangga dengan bau dia yang harum tu, malangnya cuma aku sorang je yang makan, anak aku pandang pun tak hingin, en mus pulak buat basuh ikan je buah tu, bagi hilang hanyir katanya... bengang punya pasal aku pun buatlah sambal belacan dengan buah macang ni (cuma nak mengembalikan nostalgia masa lalu
), tengok-tengok aku sorang je yang makan, en mus cubitla sikit... jangan tak rasa katanya.. sedih aku. Ada lagi 3 biji dalam peti ais tu, nampak gayanya aku sorang je makan. Teringan kat ayah kat kampung dia makan macang ni dengan santan dan makan dengan nasi...

Sup petola dan soon
Bahan-bahan
1 biji petola
bawang merah,
bawang putih
ikan bilis
soon
fucuk
fish cake
garam
perasa jika suka

Cara-cara

1. Potong petola dan bersihkan, rendam soon dengan fucuk, potong fish cake
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan ikan bilis
3. Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak sampai naik bau
4. Masukkan air secukupnya, biarkan mendidih.
5. Masukkan petola, fish cake, soon dan fucuk, masukkan garam secukup rasa
6. Biarkan sehingga petola masak dan tutup api terus hidangkan panas-panas

Sambal Belacan campur macang

bahan-bahan
Belacan dibakar
Cili besar
Cili api
Buah macang di cincang

Cara-cara
1. Tumbuk belacan bersama dengan cili besar dan cili api sampai lumat
2. Masukkan buah macang dan kacau sehingga rata
3. Dah siap, hidangkan dengan nasi panas

Friday, July 22, 2011

Sayur lelicin dan udang paprik


Tetiba je teringin nak makan ikan kukus, tanya ijoi, bolehla mama tapi kena masak udang paprik. Apa lagi menunya jadi ikan siakap stim, sayur lelicin goreng belacan dan udang paprik. Sayangnya gambar ikan kukus tak sempat nak snap, dah tinggal separuh, burukla pulak gambar ikan dah tinggal sebelah.

Sayur Lelicin

Bahan-bahan
  • Sayur lelicin
  • belacan
  • bawang putih dan merah
  • cili merah
  • sos ikan atau garam

Cara-cara
1. Tumbuk belacan, cili, bawang putih dan bawang merah
2. Tumiskan bahan tumbuk sampai naik bau, masukkan lelicin yang telah dipotong dan dibersihkan
3. Tambah sedikit sos ikan atau garam kacau sampai rata dan lelicin layu
4. Dah hidangkanlah panas-panas

Udang Paprik

Bahan-bahan
15 ekor udang sederhana
2 helai daun limau purut
1 batang serai (potong atau ketuk)
1 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
4 jalar kacang panjang
1 biji cili merah (jika suka)
1 sudu makan tomato sos
1 sudu makan cili sos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan

Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah, serai dan daun limau puru sampai naik bau
2. Masukkan kacang panjang
3. Masukkan cili sos, tomato sos, sos tiram dan sos ikan
4. Masukkan udang kacau sampai udang dan kacan panjang masak
5. apa lagi hidang dan makan panas-panas





Monday, July 18, 2011

Kacang panjang asam rebus


Dah tak tau nak masak apa, pikir-pikir punya pikir masak asam rebus jelah, masakan yang paling mudah dan cepat.

Bahan-bahan

  • Kacang panjang. kacang bendi pun boleh gak
  • Bawang putih
  • Bawang Merah
  • Ikan bilis
  • Asam jawa
  • Cili api atau cili merah atau cili mesin (sikit je untuk bagi pedas sikit je)
  • garam
  • gula sikit - jika suka

Cara-cara
1. Tumbuk ikan bilis, bawang putih dan bawang merah sampai hancur
2. Campurkan semua bahan tumbuk dengan kacang panjang yang telah dipotong ke dalam periuk
3. Masukkan cili, air asam jawa secukup rasa
4. Hidupkan api, masukkan garam dan gula, masak sampai masak

ituje memang cepat dan mudah, tak perlu nak tumis-tumis, rebus je... rasa dia boleh tahan... sebab tengok en.mus menghirup kuah tak hengat... berpelu-peluh

Monday, July 11, 2011

Ikan bawal masam manis


Tak tau dah nak masak apa, bukak peti ais tenung lama-lama, usik iakn tak kena usik udang tak kena, last-last teringat ikan bawal baru beli dari pasar Pasir Penambang Tanjung Karang, masih fresh lagi. eee ini goreng garing-garing masak masam manis baru sedap ni... so inilah hasilnya...

Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia potong halus-halus
batang saderi
sebelah lada benggala atau cili besar
cili sos
tomato sos
sos ikan
gula

Cara-cara
1. Lumurkan ikan bawal dengan kunyit dan garam
2. goreng garing, angat dan asingkan
3. Tumiskan bawang besar, bawang putih, lada benggala, batang saderi dan halia sampai naik bau
4. Masukkan cili sos, tomato sos, sos ikan gula, kacau kalau terlalu pekat tambah sedikit air
5. Biarkan sehingga mendidih dan curahkan atas ikan bawal yang telah digoreng tadi


Monday, July 4, 2011

Makan luar : Minum petang di Mohd Chan Shah Alam

Hari sabtu yang lepas, pergi kedai Mahnaz food di Shah Alam nak beli kacang pistachio untuk dibawa jumpa along. Rupanya kedai dia kecik je... tapi lengkap semua barang makanan dari negara timur tengah ada dengan harga yang berpatutan. Sempatla membeli kacang campuran, susu segar, coklat, kacang pistachio dan jus delima. Habisla jugak ratusan ringgit... nampak je sikit tapi barang memang dah mahal ... apa nak buat nak makan beli la jugak.

Lepas membeli belah, en. mus ajak minum kat restoran Moh
d Chan dekat seksyen 15, teringin nak pekena mi katanya. So apalagi boleh jeeee kalau pasal makan, pantang ajak dan pantang jumpa je...

sampai sana en.mus order kue tiau kantonis (macam gambar kat atas), adik order nasi goreng china dan aku teringin nak makan dim sum. Air pulak, en.mus minum kopi susu, aku kedondong asam boi dan adik macam biasa air kosong. Semua sekali dengan harga RM26.00 ok la tu puas hati perut pun kenyang. En. mus kata berbanding dengan D'Templer, harga Mohd Chan lagi murah, tapi kalau ikur rasa, D'Templer lagi sedap...