Dari my dapur

air (2) asam pedas (2) ayam (8) bendi (1) briyani (1) bubur (2) daging (3) dendeng (1) durian (1) ikan (11) ikan patin tempoyak (1) kacang buncis (1) kacang panjang (1) kangkung (1) kari (1) kentang (1) kerepek (1) ketam (1) kopitiam (2) kudapan (1) kueh (1) lemon (1) makan luar (4) masak lemak (2) mcdonald (1) mee (2) minum petang (1) minuman (1) nasi (2) nasi ayam (1) nasi goreng (2) nasi kandar (1) nasi tomato (1) nenas (1) pajeri terung (1) pak su (1) pegaga (1) pizza (1) popiah (1) pulut (1) puri (1) rojak (1) roti (4) salad (1) sambal (4) sarapan (1) sardin (1) sayur (5) snek (1) sotong (2) sup (2) telur (2) tempoyak (1) tomyam (1) udang (8) yogurt (1)

Wednesday, April 27, 2011

Ikan belanak goreng sambal


Semalam teringin nak makan ikan sambal, kena pulak tu en mus order sup so hoon dengan campur daging. Hujan pulak tu, memang sedap makan-makan panas-panas memang bertambah la makan... lupa terus nak kuruskan badan. Selera punya pasal...

Bahan-bahan

Ikan belanak
bawang merah
bawang putih
cili mesin
garam
gula

Cara-cara
1. Lumurkan ikan belanak dengan garam dan kunyit, goreng garing-garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih dan bawang merah sampai hancur
3. Tumiskan bawang yang ditumbuk tadi dengan cili mesin.
4. Tak perlu tunggu tumisan masak, terus masukkan gula dan garam, goreng sampai kering dan betul-betul masak. Sehingga terbit minyak. (tak tau apa nak tulis, tapi itulah bahasa mak aku ajar dulu)
5. Masukkan ikan belanak yang dah digoreng tadi, tutup api dan gaul rata-rata. Hidangkan panas-panas

Tuesday, April 26, 2011

Tom yam udang galah


Semalam en mus balik dari kerja bawak udang galah, buat tom yam katanya, boleh hirup-hirup.

Bahan-bahan
  • udang galah
  • tomato
  • bunga kobis
  • cendawan
  • putik jagung
  • daun limau purut
  • serai
  • cili api
  • bawang besar
  • pes tomyam
  • garam
  • air limau nipis atau kasturi

Cara-cara
1. masukkan air dalam periuk, masukkan cili api (tumbuk sedikit), daun limau purut dan serai (dititik), biarkan sehingga mendidih
2. masukkan semua jenis sayur kecuali tomato
3. masukkan pes tomyam, biarkan mendidih
4. masukkan udang galah, garam,tomato dan air limau
5. bila dah cukup rasa dan udang dah masak tutup api, panaskan semula bila nak dihidangkan nanti.

memang cepat dan mudah...

Monday, April 25, 2011

Ayam kungpao, Butter Prawn dan Sotong celup tepung

Hari Jumaat malam sabtu, terfikir nak makan kat luar, tapi hujan la pulak, en mus mula mereka menu apa nak makan hari ni. Terkenangkan restoran china muslim mohd chan terus dia order, ayam kungpao, butter prawn dan sotong celup tepung. Masakan cina ni leceh nak buat sebenarnya sebab dia dimasak berperingkat-peringkat bukannya main lebur je. api kena kuat ya.. tak boleh slow-slow tak sedap nanti


Ayam kungpao

bahan-bahan
  • ayam
  • sos tiram
  • tomato sos
  • bawang besar
  • halia
  • cili kering (digunting)
  • biji gajus kalau ada

Cara-cara
1. goreng cili kering sampai garing, ketepikan
2. goreng ayam (dilumur sedikit garam dan kunyi) sampai masak, ketepikan
3. tumiskan bawang besar dan halia sampai naik bau, masukkan sos tiram dan tomato sos, kacau sampai rata dan masukkan ayam dan cili kering gaulkan sampai rata dan hidangkan. Taburkan biji gajus

Butter Prawn

bahan-bahan
  • udang
  • butter atau margerin
  • minyak
  • telur merah
  • cili api
  • daun kari
  • gula garam

Cara-cara

1. cairkan butter, tambahkan minyak, tunggu sehingga minyak betul-betul panas
2. pukul telur merah sehingga naik,
3. masukkan telur merah yang telah dipukul ke dalam minyak panas dan dikacau dengan garfu sehingga telur menjadi seperti flos dan biarkan sedikit kekuningan
4. Bila dah kuning tutup api, tapiskan flos telur tadi untuk mengeringkan minyaknya
5. goreng pula udang dalam minyak tadi, sebelum tu udang ini digaulkan dengan gula dan garam terlebih dahulu
6. Bila udang telah masak, toskan dan masukkan ke dalam piring
7. goreng cili api dan daun kari sehingga garing, angkat toskan dan taburkan di atas udang tadi
8. pastikan flos telur tadi telah kering dan taburkan di atas udang

Sotong celup tepung

yang ni aku masak tak jadi, tepung dia tak melekat kat sotong, kena berguru lagilah nampak gayanya, nanti kalau dah dapat resepinya dan dah try menjadi baru aku tuliskan kat sini ya. sorryy






Friday, April 22, 2011

Nasi ayam

Gambar sekadar hiasan, tapi macam ni lah lebih kurang rupa ayam tu semalam. Sorry dan terima kasih kepada tuan punya gambar


Semalam, dalam kereta petir berdentum dentam dan hujan lebat tak terkira, masih dalam perjalanan nak balik rumah.. en mus telefon, suruh masak sup ayam... pening kepala aku, belum sampai rumah dah ada order nak makan apa, lalu aku cakap "kat rumah ayam pun tak ada macamana nak buat sup" dalam nada sikit marah la.. memang tengah geram dengan jem dan hujan lebat dengan si kecik tu pun tak habis-habis bersungut lapar.

Tak lama lepas tu en mus telefon lagi bagitau di ada kat kedai mamak tengah makan roti canai, dia tanya "nak bungkus roti canak tak??" apa lagi aku pun terus orderla, "bungkus lima keping roti kosong, panas-panas punya, memang tengah lapar ni.." dia sambung "ok, ayam dan daun sup dah beli, malam ni masak sup ayam" tak habis-habis dengan sup ayam dia tu, ingatkan dah makan roti canai tu dah lupa dengan sup ayam.

Dah dekat nak sampai rumah dia call lagi tanya kat mana.. memang dah dekat nak sampai dah, sampai rumah je tengok gate dia dah bukakan, terima kasih.... sampai rumah aku tukar menu, nak masak nasi ayam la, senang sikit.. apa lagi si ijoy pun memang seronok, so menu aku semalam nasi ayam seadanya.

Nasi ayam

Bahan-bahan

  • Ayam
  • beras
  • margerin
  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
  • daun pandan
  • garam

Cara-cara

1. rebus ayam untuk diambil airnya
2. basuh beras dan tuskan
3. tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan menggunakan magerin. Tumiskan sehingga naik bau.
4. Masukkan beras, gaul rata
5. masukkan air rebusan ayam tadi, sukatannya air sama banyak dengan beras (kalau beras 3 ot, air pun 3 pot)
6. Kacau beras tadi, masukkan garam, biarkan sedikit kering, kalau nak cepat dan mudah masukkan ke dalam rice cooker dan masak macam biasa supaya nasi tidak berkerak. Boleh juga masak atas api tetapi kena selalu tengok sebab takut berkerak, ada juga orang tumis terus dalam rice cooker tak payah nak alih-alih lagi
7. Tunggu sehingga nasi masak

Sup ayam

Selalu buat sup ni menggunakan bahagian ayam yang bertulang seperti leher, kaki, tulang dada

bahan-bahan

  • bahagian ayam di atas
  • bawang besar
  • bawang putih
  • halia
  • bunga cengkih
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • kulit kayu manis
  • rempah sup

Cara-cara
1. tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis sampai naik bau
2. Masukkan bahagian ayam yang dah dipotong kecil-kecil, kacau sampai ayam masak atau kekuning-kuningan
3. masukkan air rebusan ayam tadi, ayam di dalam air rebusan tinggalkan untuk goreng
4. Masukkan garam dan rempah sup
5. kalau suka masukkan ubi kentang atau karot
6. Masak sehingga masak

Ayam goreng

Ayam untuk nasi ayam ni banyak jenisnya, ada ayam panggang, ada goreng berempah dan macam-macam lagi. Kali ni aku buat lain sikit.

bahan-bahan
  • ayam yang telah direbus tadi
  • kicap manis
  • cili sos
  • sos tiram
  • garam
  • jintan manis

cara-cara
1. lumurkan ayam dengan bahan-bahan di atas, dan goreng sehingga kekuning-kuningan, jangan goreng terlalu lama sebab ayam tu memang dah masak. Lagi pun kalau terlalu lama ayam akan keras.

Hidangkan nasi ayam ni dengan timun, salad dan tomato sebagai sayurnya. Kadang-kadang aku jadikan taugeh celur sebagai sayurnya. Buatkan sosnya, (cili mesin, gula garam, cili sos, air asam jawa dan sedkit bawang putih, masak hingga pekat)

so, semalam ijoy makan sampai menjilat jari, memang tengah lapar kena pulak lauk kegemaran dia memang berbaloi la ..



Thursday, April 21, 2011

Daging gulai kawah

Semalam memang teringin nak makan gulai kawah, lalu kat kedai yang jual gulai tu dah tutup pulak... alamak meleleh lah air liur. Balik rumah, bukak peti ais baru teringat hari tu ada beli rempah gulai kawah (kirim dengan kawan orang kelantan). Apa lagi tercapailah hajat:

Bahan-bahan
  • Daging
  • bawang merah
  • bawang putih
  • serai
  • halia
  • lengkuas
  • asam keping
  • garam
  • gula
  • ubi kentang (optional)
  • Cili mesin (kalau nak pedas)
  • rempah gulai kawah
  • santan
Cara-cara
1. Mesin bawang merah, bawang putih, serai, halia dan lengkuas
2. Campurkan dengan cili mesin
3. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan mesin tadi, sehingga naik bau
4. Masukkan cili mesin, tumis sehingga cili masak, kalau nak cepat campurkan aja dengan bahan mesin tadi dan tumiskan sekali gus
5. Masukkan rempah gulai kawah, tumis sehingga masak
6. masukkan daging, kalau daging tu liat rebus dulu
7. masukkan ubi kentang, kalau kering masukkan sedikit air
8. biarkan sehingga mendidih dan ubi kentang empuk dan daging empuk
9. masukkan santan, garam dan asam keping
10. biarkan mendidih sehingga gulai betul-betul masak

dah siap..

Pembuka kata

aku terpanggil untuk mewujudkan blog ni adalah untuk berkongsi tentang apa yang aku fikirkan setiap hari. Setiap hari aku akan fikir, "nak masak apa hari ni ya???" persoalan yang sentiasa berada di fikiran apa bila nak balik kerja, persoalan seorang isteri dan ibu. Masakan apa yang digemari oleh anak-anak dan suami. Aku rasa lebih baik aku masukkan ke dalam blog, apa yang aku masak semalam, aku akan masukkan hari ni, dengan resipinya sekali, manalah tahu pengalaman apa yang aku masak ni dapat manfaat untuk orang yang membaca blog ni. Sebenarnya aku tak pandai masak, cuma try and error je, belajar dengan mak mertua dan cuba-cuba resipi dari blogger lain dan website masak-masak lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...