Monday, May 30, 2011

Puri cicah kari ayam


Semalam breakfast dah tak tau nak masak apa, dah jemu makan nasi lemak, roti canai, mee hoon last last teringat PURI ... memang dah lama tak makan dan tak buat. Kalau nak puas makan buat sendiri la... ni nak peturunkan resipinya bagi sesiapa yang nak mencuba. Makan panas-panas lagi sedap.

Puri

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung attar
  • sedikit garam
  • air
  • 1 sudu makan margerin (kalau suka, kalau tak suka tak payah letak pun tak pa)
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Campurkan ke semua bahan di atas, uli sampai tak melekat, kalau kurang air tambah lagila sampai tak melekat
2. Buat bulat-bulat kecik-kecik macam duit 50 sen tu
3. Canailah macam nak buat kulit karipap tu, tapi harus diingat jangan canai terlalu nipis sebab kalau terlalu nipis, bila goreng tak naik.
*** kalau nak tambah perasa pun boleh, bubuh bijan ke, daun kari ke, kacang tumbuk ke suka hatila tu..
4. Panaskan minyak, goreng sehingga kekuningan, jangan lama-lama nanti hangus, sekejap je ya
5. Dah siap dipersilakan, cicahla dengan kari, dal, sambal atau apa-apa yang boleh



Thursday, May 26, 2011

Pulut Durian Kampung Binjai Kota Bharu Kelantan


Kebetulan ditugaskan ke Kelantan, hari kedua kami di Kelantan, officemate Pn. Nor menjemput ke rumahnya. Saja main-main cakap dengan dia "ada durian tak kat rumah"? rupanya betul dia suruh mak dia buat pulut durian. Memang tak pernah makan pulut durian macam ni. Selalu kalau kat kampung buat bubur durian dan makan dengan pulut. Tapi hari ni makan dengan santan mentah dan durian fresh macam kat gambar tu. Masa makan tak ingat kembung, angin, semput, darah tinggi, panas, kolestrol yang ingat sedap je. Lepas makan baru ingat semua benda tu. Adusss nak menyesal dah tak berguna idap je la... Terima kasih tuan rumah dan Pn. Nor.

Bahan-bahan

Durian
Gula
Santan
Sedikit garam
Pulut yang ditanak

Cara-cara
1. Perah santan dengan air masak tambahkan sedikit garam
2. Tanak pulut

Kaedah makan
1. Campurkan santan dengan pulut, tambah gula, masukkan durian campurkan semua sekali dan makan. Makan dengan tangan lagi sedap...


Thursday, May 19, 2011

Popiah simple

Inti

Popiah dah siap

Semasa cuti hari wesak lepas, tiba-tiba En Mus mintak popiah la pulak... kalau ikutkan malas baik beli yang ready made aja kat giant pun banyak, balik goreng je. Tapi en mus kata buatla sendiri baru puas makan. So aku pun kuatkan semangat untuk membuat sendiri memang dah lama tak buat pun, last sekali buat pun bulan puasa tahun lepas.

Inti Popiah

Tauge
karot
sengkuang
udang kering
bawang putih
bawang merah
** sengkuang dan karot dipotong halus memanjang, saya guna parut yang dah ada dipasaran je
Cara-cara
1. Blendkan udang kering, bawang putih dan bawang merah
2. Tumis bahan yang telah diblend tadi sampai masak dan naik bau
3. Tutup api, masukkan bahan sayuran, jangan pasang api sebab takut sayur tadi masak dan bila digoreng nanti dua kali layu dah tak sedap.
3. Kacau sayur dengan tumisan tadi sampai sampai rata.
4. Gulung atau bungkus inti ini ke dalam kulip popiah.
5. Apa lagi goreng la dan hidangkan

Sos Popiah

Bahan-bahan
Keledek rebus
Bawang putih
Cili mesin
Gula
Garam
Air Asam Jawa

Cara-cara
1. Blend keledek rebus, bawang putih dan cili mesin, blend dengan sedikit supaya keledek betul-betul hancur
2. Masukkan ke dalam periuk, masukkan air asam jawa garam dan gula
3. Masak sampai pekat
4. Hidangkan bersama popiah tadi



Thursday, May 12, 2011

Gembira....... dari dapur kjee jadi follower


Hari ni aku rasa sangatttt gembira sebab bukak-bukak je blog pagi tadi, tengok tambah seorang lagi follower yang sebelum ni hanya sorang je. Tengok pulak tu Puan Fauziah Samad seorang wartawan dan pelakon yang cukup hebat yang sudi menjadi follower blogku yang tak seberapa ni. Terima kasih kak jeeee. Aku memang suka membaca blog dia (Dunia dari dapur kak jee). Maklumlah beliau seorang wartawan dah tentu seorang penulis yang hebat. Hari ni juga aku jadi follower blog dia pulak.

Rasa macam berbaloi pulak aku menulis blog sempoi-sempoi macam ni, tak sangka ada juga orang berminat nak melihat dan membacanya walaupun cuma dua orang je follower. Ini merupakan satu anjakan atau tolakan bagi aku untuk lebih banyak menulis.

Terima kasih lagi sekali kepada follower.

Monday, May 9, 2011

30. Asam Pedas Ibu Mertuaku

Ehh dah lama tak makan asam pedas ni... teringat ibu mertuaku punya asam pedas.. makkk aiii pekat giler... orang melaka la katakan... kat sini nak perturunkan resipinya, walaupun bila aku masak en mus akan kata "tak sama lah macam mak masak" isshhh memang la tak sama, susah nak bagi sama tangan lain-lain... tapi nak juga share resipinya walaupun rasanya tak sama macam ibu en mus punya.

Bahan-bahan

  • Ikan tenggiri, - suka hatila nak pakai ikan apa, kembung, cencaru, merah...
  • serai
  • belacan - ini kasi lebih sikit orang melaka la kata kan...
  • bawang merah (ibu mertuaku pakai bawang besar tu)
  • bawang putih
  • kunyit hidup
  • air asam jawa
  • kacang bendi sebagai sayurnya
  • daun kesum atau bunga kantan - kalau ada
  • cili kering mesin
  • garam
sedikit gula

Cara-cara
1. serai di ketuk, bawang puting dan merah, kunyit dan belacan ditumbuk
2. Tumis serai dan bahan tumbuk, cili kering mesin sampai naik bau dan cili kering betul-betul masak (terbit minyak)
3. masukkan air asam jawa - sikit je jangan masuk banyak terus, cuma untuk mengelakkan dari tumisan tadi hangit je.
4. masukkan ikan, biar dia mendidih,
5. masukkan air asam jawa yang selebihnya tadi, kalau nak pekat kurangkan airnya.
6. masukkan garam dan gula, daun kesum atau bunga kantan, last sekali masukkan kacang bendi
7. biarkan atas dapur dengan api yang kecil supaya sentiasa panas.

selamat mencuba... soryy gambar tak ada naPublish Postk upload



Friday, May 6, 2011

29. Yogurt buatan sendiri

Semalam, sebelum tidur buat yogurt sebab stok yogurt dah habis, sekarang ni yogurt buat sendiri je, tak payah nak beli lagi. Aku dapat ilmu ni dari kawan satu ofis berbangsa punjabi. Dia yang ajar buat yogurt ni. dia kata kalau bangsa dia yogurt ni bukan setakat makan je, buat shampoo dan buat facial sekali. Rupanya cara nak buat ni memang senang sangat...

Yogurt asli untuk satu mug ukuran biasa

Bahan-bahan

  • 8 sudu susu tepung (brand tak kisah apa-apa brand pun boleh) - kalau nak lagi sedap lebihkan susu
  • Air suam kuku (macam kita nak buat susu baby tu)
  • 1 sudu besar yogurt natural (apa-apa brand pun boleh) - ni beli sekali je untuk dijadikan starter, kalau dah ada yogurt sendiri nanti, jangan habiskan, tinggalkan satu sudu untuk dijadikan starter atau ibu dia.

Cara-cara
1. Masukkan air suam ke dalam mug (jangan gunakan bahan kaca, gunakan mug atau mangkuk dari tanah liat, macam mug yang biasa kita pakai tu ok la). Kalau kat india dia gunakan periuk tanah liat tu.
2. Masukkan susu tepung kacau sampai betul-betul larut
3. Masukkan yogurt tadi, kacau sampai betul-betul larut
4. Kalau nak manis tambahkan sedikit gula. Kalau tak mau tak payah letak gula
5. Tutup mug dan biarkan semalaman, kalau pagi besok belum beku, peram sekejap lagi jangan terlalu lama takut terlalu masam.
6. Bila dah jadi tu, masukkan ke dalam peti ais, sejukkan

Bila dah ada yogurt tu bolehlah nak buat apa pun, kalau dicampurkan dengan oren ke strawberrry ke masukkan air dan gula, blend jadilah lassi, rasa macam nestle bliss tu tak payah beli lagi. Lagipun yogurt ni baik untuk penghadaman.

inilah hasilnya
yogurt nestle digunakan sebagai ibu


hasilnya yogurt buatan sendiri

Kalau nak baca khasiat yogurt pegi sini

kalau kat india, yogurt atau tairu ni dijadikan pencuci mulut selepas makan. Tapi dia orang punya tairu memang masam giler.. so kena makan dengan gula. Masukkan gula dan kacau, sedap rasa macam aiskrim je. Tapi kat india buat yogurt menggunakan susu segar, maklumla kat sana susu segar senang nak dapat. Kalau nak tengok cara buat yogurt dari susu segar tengok video ni dari manjula kitchen

Selamat mencuba.. memang berbaloi bagi penggemar yogurt. Semalam buat kari ayam pun tambah yogurt sikit menggantikan asam jawa. Lagi sedap sebab lemak. Kalau kari india dia tak ada santan, hanya masukkan yogurt je..





Wednesday, May 4, 2011

Ikan siakap stim

Semalam rasa malas sangat nak masak, mula berfikir apa yang paling mudah, yang boleh campak-campak aja. Buka peti ais haaa ada ayam black pepper- senang terus goreng je, dan ada ikan siakap apa lagi stim aja lagi mudah.

Ikan siakap stim

bahan-bahan
seekor ikan siakap
cili api
serai
bawang merah
bawang putih
halia
tomato
cendawan straw (dalam tin)
sos ikan
gula
sour plum

Cara-cara

1. Potong semua bahan, bersihkan ikan, masukkan dalam bekas kukusan
2. masukkan semua bahan di atas , masukkan sedikit air
3. Kukus sehingga masak

senang je kan... dah boleh makan