Tuesday, October 9, 2018

Makan malam - ayam sambal, ikan masin, labu masak air

Sebelum balik kerja semalam dah terfikir nak masak apa malam ni.. huhu kalau dah jadi ibu tu mesti fikir nak masak apa, belum keluar ofis dah terfikir dah..

Keluar ofis pergi stesen LRT ambil anak teruna dan tanya dia makan apa malam ni. 

Dia tanya - "mama ada apa dalam peti ais?" 
mama dia jawab dengan panjang lebar - "mama ada ayam, sotong, ikan bawal hitam, ada daging, kobis, labu, karot,  mama rasa nak masak ikan bawal masam manis dan kobis goreng".

Dia jawab balik -"ayam sambal, dah lama mama tak buat"
mama dia jawab - "ok juga tu, kita buat kobis masak lemak putih dan goreng ikan masin untuk ayah"
Dia jawah pendek "ok" pandang sebelah tengok laaa dah pejam rupanya budak ni.  Tinggallah mama dia berangan sorang-sorang - baru teringat kelapa tak ada la pulakkk.

Sampai rumah buka peti ais defrost ayam, buka laci sayur tengok-tengok labu tinggal sikit aiikkk labu ni kita masak tumis air sedap ni,  So kejadiannya jadilah macam gambar kat atas tu..

Ayam sambal

bahan-bahan - semua bahan ni agak sendiri lah ya mengikut banyak mana ayam yang ada

1.  Ayam
2.  halia, bawang putih, - tumbuk
3.  bawang besar - hiris nipis
4.  cili mesin
5.  garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1.  Ayam dibasuh bersih, gaulkan dengan kunyit dan garam
2.  Selalunya goreng dulu ayam ni - tapi jangan sampai garing nanti ayam tu keras, - tapi kali ni saya gunakan teknik baru - letakkan ayam tu dalam kuali dan tutup. Nampak teknik ni daripada FB Kak Ida' kitchen, Ayam akan mengeluarkan minyak dia sendiri.  Ayam tersebut tidak akan keras. Setelah masak ketepikan.
3.. Tumiskan halia, bawang putih, bawang besar sampai garing dan naik bau
4.  Masukkan cili mesin, masukkan gula, garam - kalau suka masukkan perasa
5.  masak sampai garing - naik minyak
6.  masukkan ayam tadi, gaulkan sampai rata - dah siap

Labu tumis air

Ini memang masakan orang kampung - teringat masa kecik kecik dulu huhuhu

bahan-bahan


  • Labu - hiris nipis ya - bukan potong macam buat masak lemak tu
  • ikan bilis
  • bawang merah
  • bawang putih
  • garam
  • minyak untuk menumis - sikit jer ya

Cara-cara


  1. Ikan bilis, bawang dan bawang putih di tumbuk 
  2. Tumis bahan tumbuk di atas sampai naik bau
  3. masukkan air
  4. masukkan labu
  5. masukkan garam
  6. biarkan sehingga labu empuk - dah siap senang dan sekejap sahaja

Ikan Tenggiri Masin

Goreng ikan masin, perahkan limau dan potong cili

huuuu memang sedap tak payah lauk lain, habis seperiuk nasi dan si adik tak habis habis puji -"sedaplah lauk mama hari ni" - masak dengan kasih sayang memangla sedap.



Monday, October 8, 2018

Sarapan ala ala western - bbq sausage

Pagi ni breakfast ala western, dh lama tak buat, ini lagi cepat daripada buat nasi lemak, sup cendawan tin, baked bean tin, telur 1/2 masak, sausage ayam bbq, roti celup telur, salad, masa penyediaan lebih kurang 1/2 jam, tambah pulak dgn hot chocolate! Sambil hirup bayangkan sedang berada di Manchester dgn suasana yg dingin dan berangin walaupun tengah duduk kt meja makan di rumah haha - berangan memang best hilang duka nestapa

Roti telur

Roti gardenia dicelup telur yang dipukul bersama sedikit garam dan serbuk lada hitam - cairkan butter atau marjerin atas pan dan letakkan roti sehigga kekuningan.

BBQ Sausage

Sausage direbus terlebih dahulu sehingga masak, kemudian gaulkan dengan serbuk BBQ (beli ready made) saya guna hilmie bbq, cairkan butter atas pan dan golekkan sausage sehingga rempah bersalut dengan sausage.

Telur separuh masak

tak perlu ajar kot saya guna bekas telur yang sebelah kiri ni jer, senang - tuang air panas dan masukkan telur, cantik jer kejadiannya. 

Baked bean

Buka tin tuang dalam mangkuk jer - saya guna cap ayam sebab ini yang terbaik dan sedap

Sup cendawan

saya guna brand campbell - tuang dalam periuk, gunakan tin yang sama masukkan air dan tambahkan ke dalam sup cendawan tadi.  kacau sehingga mendidih.

Salad sayur tu

huhu itu lagi senang potong ajer mana sayur yang sesuai dan ada kat dapur, saya gaulkan dengan kew pie baked sesame untuk menambah rasa.

selamat mencuba