Monday, June 27, 2011

Roti bakar paling cepat..

Budak-budak ni sampai rumah je, mama lapar.... dia tak tau kita pun sama-sama sampai rumah. Tak sempat buat apa, terkam dapur dulu... tengok apa yang ada untuk dimasak. Untuk puan-puan menangani anak-anak yang tengah lapar, nak tunggu masak nasi lambat lagi, bagi alas perut dulu sekurang-kurangnya tutup mulut mereka tu tak lah stress kita dibuatnya. Apa yang selalu aku buat bakar roti dulu supaya dia orang diam. Roti bakar ni memang mudah, janji ada magerin atau butter, atau apa-apa yang boleh disapu pada roti tu. Tapi sorry tak ada gambar nak tunjukkan nanti kalau berkesempatan, amik gambar dulu sebelum hidangkan.

bahan-bahab

Roti - aku pakai roti gardenia
Margerin atau butter
bahan untuk diletakkan di tengah-tengah roti, apa yang ada kat rumah la
(peanut butter, jem, madu, cheese, susah-susah gula pun boleh)

Cara-cara
1. Sediakan pan untuk membakar roti, jangan pasang api dulu nanti panas
2. Sapu roti dengan butter / margerin, letakkan bahagian yang disapu magerin tu atas pan (maknanya bahagian yang ada margerin tu di bawah) - maknanya kita bakar bahagian yang ada margerin
3. Sapukan apa-apa di atas roti yang atas pan tadi (madu, peanut butter, jem)
4. Ambil roti ke dua, sapukan margerin, lapikkan atas roti di atas pan tadi dengan bahagian margerin di atas
5. kalau nak banyak aturlah roti atas pan setakat pan boleh muat la
6. pasang api- jangan besar sangat nanti hangus pulak
7. bila bahagian bawah roti tu dah masak atau garing terbalikkan
8. bila kedua-dua bahagian roti tu masak atau garing, angkat dan hidangkan panas-panas

Wednesday, June 22, 2011

Makan luar - happy fried chicken (HFC)

Cuti sekolah hari tu balik Temerloh, sebelum balik KL singgah makan jap kat happy fried chicken temerloh di depan Stesen bas tepi sungai tu. Inilah kedai makan wajib singgah family aku, memang menyelerakan. Sebenarnya HFC ni dah lama bertapak kat Temerloh sejak tahun 1980an lagi. Masa tu kat sini mana nak ada KFC. Asalnya kedai ni kat depan balai polis di bandar baru. Memandangkan stesen bas dan banyak kedai baru bukak di tepi sungai tu dan mentalah lagi KFC pun dah dibuka di Temerloh, HFC telah berpindah ke kedai baru dan satu lagi cawangannya ada di Jalan Sudirman depan The Store.
Mee Yong Tau Fu Sup

Kedai ni nama je HFC tapi kat dalam dia macam-macam ada, kalau orang tak
biasa memang tak nak masuk sebab dia macam restoran cina dan ala barat gitu, tapi sebenarnya memang banyak pilihan makanan barat, siam, cina dan melayu. India
je tak ada, memang tuan punyanya cina tapi pekerja dan tukang
masaknya semua melayu.
Kue tiau kung fu

So nak cerita, hari tu kita orang order - 2 mi hailam (best in town) favorite en.mus. 2 kue tiau kunfu, yong
tau fu sup. mee yong taufu sup, 5 ketul ayam goreng dan 2 fries besar. Air 2 fres orange, nescafe tarik, teh tarik, air tembikai, carrot susu dan air kosong. Semua sekali RM70.00 sahaja. Memang puas hati.




Mi Hailam


Monday, June 20, 2011

Ketam Sambal


Teringat ketam kat pasar pasir penambang Tanjung Karang, hidup-hidup lagi.. memang freshhh RM20.00 sekilo. Semalam pegi kedai pak din cari ketam, pun sama harga RM20.00 sekilo tapi dah keras... teringin punya pasal belila jugak.. nak buat sambal.

Bahan-bahan

  • Ketam
  • bawang besar
  • Cili kering mesin
  • garam
  • gula
  • cuka

Cara-cara
1. Tumiskan cili kering mesin dan sedikit gula sampai naik minyak
2. Masukkan bawang besar dan ketam
3. Biarkan atas api, sebab ketam ni akan mengeluarkan air, kacau sekali sekala supaya tidak hangus
4. Masukkan garam dan sedikit cuka jika suka
5. Bila isi ketam dah masak dan airnya dah kering angkat.
6. Ada juga orang letakkan telur untuk menambah kuah.

Wednesday, June 15, 2011

Udang galah masak kari berkerisik


Hari jumaat lepas pergi Bagan Datoh, balik singgah kat pasar Pasar Penambang beli udang galah segar. Balik rumah apa lagi masak kari la kita..

Udang galah masak kari berkerisik

Bahan-bahan
  • 8 ekor udang galah
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 biji kelapa
  • 3 sudu serbuk kari
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • daun kari
  • garam
  • Ubi kentang

Cara-cara
1. Potong bawang merah, bawang putih dan halia
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sampai naik bau
3. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis sampai naik bau
4. Masukkan ubi kentang (jika suka) boleh ganti dengan sayur lain
5. Masukkan udang
6. Kacau sampai rata, masukkan santan, kacau supaya tidak pecah lemak
7. Bila kentang dah empuk atau udang dah masak, masukkan kerisik
8. kacau rata dan mendidih dan siapla.. lauk kita

Masak lemak cili api udang, telur dadar arab

Menu makan malam yang menjadikan berselera makan dan perut berangin. Udang masak lemak cili api bersama dengan kacang buncis, sambal tempoyak dan telur dadar ala arab.

Masak lemak udang dengan kacang buncis

Bahan-bahan
  • Cili api
  • kunyit hidup
  • santan
  • kacang buncis
  • udang
  • garam
Cara-cara
1. Blend cili api dengan kunyit hidup
2. Masukkan udang, kacang buncis, cili api dan kunyit (sudah blend) tadi ke dalam periuk
3. Masukkan santan
4. Masukkan garam dan kacau supaya tidak pecah minyak
5. Angkat dan hidangkan bila dah masak

Telur dadar ala Arab

Bahan-bahan
  • Telur ayam
  • Bawang besar potong dadu
  • Tomato potong dadu
  • Cili merah potong dadu
  • garam

Cara-cara
1. Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga rata
2. Goreng dalam kuali, lebihkan minyak supaya telur menjadi rangup
3. Goreng sampai masak dan hidangla...

Sorry, gambar dah terdelete, tak boleh nak tampal kat sini