Dari my dapur

air (2) asam pedas (2) ayam (8) bendi (1) briyani (1) bubur (2) daging (3) dendeng (1) durian (1) ikan (11) ikan patin tempoyak (1) kacang buncis (1) kacang panjang (1) kangkung (1) kari (1) kentang (1) kerepek (1) ketam (1) kopitiam (2) kudapan (1) kueh (1) lemon (1) makan luar (4) masak lemak (2) mcdonald (1) mee (2) minum petang (1) minuman (1) nasi (2) nasi ayam (1) nasi goreng (2) nasi kandar (1) nasi tomato (1) nenas (1) pajeri terung (1) pak su (1) pegaga (1) pizza (1) popiah (1) pulut (1) puri (1) rojak (1) roti (4) salad (1) sambal (4) sarapan (1) sardin (1) sayur (5) snek (1) sotong (2) sup (2) telur (2) tempoyak (1) tomyam (1) udang (8) yogurt (1)

Wednesday, March 30, 2011

Asam pedas nyonya - ikan siakap

Hari tu makan asam pedas ikan pari dekat penang asam nyonya, en.mus kata sangat sedap, dan terus bagi cadangan cuba awak belajar masak asam pedas macam ni... aku pun terus google, so jumpa satu resipi ni tapi sorry aku dah tak ingat apa url dia, Lebih kurang macam ni la... ini versi aku ya, sbb hari tu baca lebih kurang je kat website tu tak print pun, main ingat-ingat macam tu je, tapien. mus kata "ok lah sedap boleh buat lagi... "

bahan-bahan
cili kering mesin
kunyit hidup
bawang merah
serai
sedikit rempah kari
daun kesum
bunga kantan
air asam jawa
garam
gula
ikan siakap (aku gantikan dengan ikan pari)
sawi masin (kalau ada) klau tak ada gantikan dengan bendi ke, terung ke, tomato ke macam-macam boleh (kita buat dia kan...)

cara-cara
1. mesin cili kering, bawang merah dan serai (ambil bahagian putih je ya) masukkan sedikit minyak ke dalam blender supaya hasilnya smooth aja
2. tumis bahan yang telah diblend tadi sehingga masak dan naik bau
3. masukkan air asam jawa
4. bila dah mendidih, masukkan rempah kari, daun kesum, bunga kantan dan sebarang sayuran tadi
5. setelah mendidih dan sayur dah empuk masukkan ikan dan garam dan gula tunggu sampai mendidih dan rasa masam, manis, masin dia, kalau dah cukup rasa apa lagi angkat dan hidang la...

*** sayang tak ada gambar nak tunjukla, lepas masak terus makan memang tak ingat langsung nak amik gambar ni..

Sup ikan merah

Semalam, en mus beli ayam golek se ekor, dalam kepala apa nak dijadikan kuah ni, lauk dah ada, dah tak payah fikir. Teringatkan ada isi ikan merah, apa lagi kuah punya pasal sup la jadinya.

bahan-bahan
bawang merah
bawang putih
halia
ubi kentang
batang saleri
daun saderi
daun bawang
ikan merah
bawang goreng
sedikit rempah sup

cara-cara
bawang merah, bawang putih dan halia dihiris nipis, tumiskan dengan sedikit minyak sampai naik bau, masukkan air, masukkan ubi kentang atau karot atau batang saleri, tunggu sampai mendidih, masukkan ikan dan garam. Kalau suka masukkan sedikit rempah sup untuk menghilangkan bau ikan. Tunggu sampai ikan masak dan hidangkan dengan daun sup dan bawang goreng. Kalau nak sedap lagi makan dengan cili kicap.

Gulai tempoyak macam-macam daun

Dah lama tak makan masak tempoyak daun daun ni, hari tu balik kampung ternampak daun kaduk naik junjung memanjat merata-rata, so petik dan bawaklah balik KL nak masak tempoyak. Memang menyelerakan ... ni nak turunkan resipinya

Bahan-bahan
daun kaduk
daun pucuk ubi
daun kunyit
udang
cili api
kunyit hidup
tempoyak
santan

Cara-cara
semua jenis daun di racik halus, cili api dan kunyit hidup ditumbuk halus. Campurkan semua bahan tadi ke dalam periuk, masukkan santan masak sehingga mendidih, masukkan tempoyak kacau sehingga pekat. Dah siap, memang mudah, nampak macam susah kan, makan memang sedap.

Kalau tak ada udang gantikan dengan ikan bilis pun boleh, daun-daun tu boleh dipelbagaikan lagi, ada orang tambah puck labu, pucuk keledek dan kalau suka boleh tambah petai.

Friday, March 4, 2011

Sambal sardin simple

Semalam. tengah basuh beras, eeeehhh air makin lama makin kecil, selesai letak nasi atas rice cooker air pun terputus, mula fikir apa aku nak masak ni?? air tak ada, apa lagi bukak peti ais ambil ayam mas bersalut tu... panaskan minyak goreng... dahhh tak payah nak basuh-basuh lagi. Apa lagi.. haaa sardin, tak payah nak basuh, cuma basuh bawang je sikit. Itu je la lauk aku semalam.

Sambal sardin simple

Sardin dalan tin
bawang besar
cili mesin
garam

cara-cara
Panaskan minyak, masukkan cili mesin, goreng cili sampai masak, masukkan bawang, tunggu sampai layu, masukkan sardin dan garam. Masak sampai cukup rasa dahhh kalau ada air, aku selalu tambah sayur, cendawan ke, terung ke apa-apa lag yang ada

Thursday, March 3, 2011

Udang lipan

Semalan goreng udang lipan aja... untuk en. mus. simple goreng kunyit aja, tapi cara nak goreng udang lipan ni kena minyak sikit je sebab isi dia lembut sangat, macam goreng ikan tu atur sekor-sekor dalam kuali, bila dah garing baru terbalikkan dengan lemah lembut cause nak jaga isi dia supaya jangan hancur... bila dah masak rupanya bukan en.mus aja yang suka adik dan abang pun suka, tak cukup lah pulak... lain kali kena belik banyak sebab dah ada penggemar setia.... semalam makan nasi lauk yang cukup simple, sambal daging, telur dadar, udang lipan goreng kunyit dan masak lemak cili api ikan cencaru semalam punya... dah selamat...

Inilah rupa udang lipan, aku amik gambar ni dari http://diarimelur.blogspot.com (terima kasih)

TAPI.... tiba-tiba en. mus nak pegi masak malam nak teman ijoi beli cd hantu kak limah balik rumah, balik aja dia bawak lah pulak yong tau fuu, macam biasa bila dah beli tu aku kena masak balik, (rebus balik yong tau fuu tu, katanya orang pasar malam tu rebus tak masak), dah lah kena rebus balik, kena tambah pulak sotong basah... apa kan daya layan kan aja la... en. abang punya pasalkan...

Sambal daging

daging
cili mesin
asam keping
bawang besar
bawang putih
halia
garam
kicap manis

Cara-cara
tumiskan cili mesin sampai masak, masukkan bawang putih dan bawang besar serta halia, kacau rata, tunggu sekejap, masukkan daging, kacau sampai daging masak, jika terlalu kering tambah air. masukkan garam, asam dan kicap manis. tunggu sampai sambal pekat dan daging dah masak..




Wednesday, March 2, 2011

Ikan cencaru masak lemak cili api dengan sawi masin

Semalam, aku tunaikan permintaan en.mus untuk makan ikan cencaru masak lemak cili api dengan sawi masin.

bahan-bahan

ikan cencaru

sawi masin

santan

cili api

kunyit hidup

garam (jika tidak cukup masin)

asam keping (jika tidak cukup masam)


cara-cara

tumbuk atau blend kunyit hidup dengan cili api, masukkan ikan, sayur sawi masin dan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk, masukkan santan dan kacau supaya lemak tidak pecah. bila dah masak angkat, itu je... klu tak cukup masam dan masin tambah garam dan asam, kadang-kadang tak perlu sebab sawi masin ni memang dah masin dan masam.

lepas tu en.mus mengidam nak makan udang lipan goreng la pulak, tak pe nanti malam ni aku masak udang lipan pulak


Tuesday, March 1, 2011

Sotong goreng tepung

macam biasa, ijoi masuk je kereta, soalan standard yang akan ditanya "mama masak apa hari ni??" aku tanya dia balik. "ijoi nak makan apa harai ni??" dia jawab "sotong goreng tepung dan ayam sambal"? ok la aku jawab.

Sotong goreng tepung

Sotong
lada hitam
garam
tepung jagung

cara-cara
Potong sotong bulat-bulat, basuh dan toskan airnya, tumbuk lada hitam, masukkan ke dalam sotong, masukkan garam dan tepung jagung. Gaul sehinga semua sotong dah terkena tepung. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas baru masukkan sotong tadi supaya tepungnya tidak tanggal. goreng sampai garing dan hidangkan.. memang senang, ini dia hasilnya.

lepas tu, en.mus balik rumah, dia tanya lagi "mama masak apa hari ni??" aku jawabla sotong goreng tepung dengan ayam sambal. Dia tambah "boleh tambah satu lagi menu tak??" iakan cencaru gulai lemak cili api dengan sawi masin"?? alamak.... aku jawab, "kelapa tak ada la".. besoklah masak ya.. nasib baik en.mus kata ok je. so nampaknya hari ni aku kena masak - masak lemak cili api ikan cencaru dengan sawi masin, nantikan resipinya ya..

Pembuka kata

aku terpanggil untuk mewujudkan blog ni adalah untuk berkongsi tentang apa yang aku fikirkan setiap hari. Setiap hari aku akan fikir, "nak masak apa hari ni ya???" persoalan yang sentiasa berada di fikiran apa bila nak balik kerja, persoalan seorang isteri dan ibu. Masakan apa yang digemari oleh anak-anak dan suami. Aku rasa lebih baik aku masukkan ke dalam blog, apa yang aku masak semalam, aku akan masukkan hari ni, dengan resipinya sekali, manalah tahu pengalaman apa yang aku masak ni dapat manfaat untuk orang yang membaca blog ni. Sebenarnya aku tak pandai masak, cuma try and error je, belajar dengan mak mertua dan cuba-cuba resipi dari blogger lain dan website masak-masak lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...