Monday, March 7, 2016

Ayam Lemon

Dah boring dengan ayam goreng, ayam masak kicap, ayam sambal dan macam macam ayam masakan melayu, tetiba teringin nak cuba resepi ayam masakan lain pulak, mintak tolong dengan mr google dapatlah "lemon chicken". resepinya tidak mengikut resepi asal saya buat basic sahaja dan mengikut bahan apa yang ada di dapur.  Gambar ni pun saya copy dari shutterbean.com, Gambar sendiri tak sempat nak snap.

Bahan-bahan

3 ketul dada ayam
setengah biji lemon
6 biji bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit daun bawang - kalau ada
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka (menggantikan wain)
1 ketul kiub ayam
1 cawan air
1 sudu teh all spices (campuran semua rempah mat salleh tu)
1 sudu teh lada hitam
2 sudu besar minyak
1 sudu besar butter

Cara-cara
1.  gaulkan garam, lada hitam dan minyak dengan ayam
2.  gaulkan gula, lemon, bawang putih - bawang putih ni separuh saja dulu sebab lebihannya untuk menumis nanti
3.  letakkan ayam atas pan panas, sampai masak - macam grill tu - setelah masak ketepikan
4.  dengan minyak lebihan tadi tumiskan lemon yang dtelah digaulkan sehingga naik bau dan ketepikan
5.  panaskan butter dalam pan, tumis bawang putih, bawang besar, setelah naik bau masukkan all spices, daun bawang sampai layu
6.  masukkan cuka, kiub ayam, bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam pan, kacau sampai pekat. kecilkan api
7.   masukkan ayam kacau sampai rata kemudian masukkan lemon tadi kacau sampai rata dan angkat.