Monday, June 29, 2020

Ayam Rica Rica

Keluarkan ayam sekor dari peti ais, letak dalam sinki, tenung ayam tu lama-lama dah tak tau nak masak apa.  Dalam kepala terfikir ke masak lemak cili api uihhh boring... ayam masak kari uittt cik abang tak suka masak kari,  syam sambal - ada sorang tak makan sambal huhu apa nak masak niiii..

Penyudahnya buka youtube cari kat youtuber cr cook dapatlah ayam rica rica ni link videonya - https://www.youtube.com/watch?v=MjWIAlJ4EW0

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • bawang merah
  • serai
  • halia 
  • lengkuas
  • daun salam - tak bubuh sbb tak ada kt dapur
  • buah keras
  • cili mesin - kalau ikut originalnya guna cili rawit - tak ada 
  • daun selasih/basil
  • kiub pati ayam - optional
  • Ayam 
  • garam, gula
Cara-cara

1.  Ayam digaul garam kunyit - perap selama 30 minit - tapi saya nak cepat tak perap pun

2.  Goreng ayam separuh masak atau jangan garing sangat

3.  Blend semua bahan di atas kecuali daun limau purut dan daun selasih - serai kalau nak ketuk pun boleh

4.  Tumis serai, daun limau purut dan bahan yang telah diblenda sampai betul betul masak atau garing

5.  masukkan air untuk jadikan dia sedikit berkuah, kalau tak nak masukkan air pun boleh tapi ayam tadi kena goreng masak ya.  

7.  Masukkan garam, gula dan kiub ayam

6.  Masukkan ayam dan kacau sekali sekala sehingga kering - suka hati nak kering atau berkuah, sebelum angkat tu masukkan daun selasih - kalau ada

7.  Dah siap - makan dengan nasi panas 

8.  Saya buat sedikit kering sebab kalau berkuah dah macam tomyam pulak rupanya


Wednesday, June 17, 2020

Kek coklat moist guna yogurt

Hari tu beli yogurt satu tabung besar, dah tak habis makan tak tau nak buat apa, google punya google nampak satu minah salleh ni guna yogurt untuk buat kek nampak macam sedap tapi banyak pulak bahan lain yang dia campur.  Macam payahla pulak kita ni kalau boleh nak cepat dan mudah jer, terjumpa lah resepi dari buat orang lapo ni, boleh tengok sini videonya https://www.youtube.com/watch?v=IHdL2Mxx-Vo terima kasih ya kongsi resepi ni memang sedap sangat.

Bahan-bahan

1 cwn yogurt
3/4 cawan gula
1 sk baking soda
1 sk baking powder
1 sk esen vanila
1/2 cawan minyak 
1 cawan tepung
1/2 cawan coklat

Ganache
Cokat dan susu cair tin

Cara
Pukul yogurt dgn gula
Masukkan baking soda n baking powder 
Biarkan 5 minit sehingga berbuih
Masukkan esen vanila n minyak
Masukkan tepung n koko
Kukus
Curahkan ganache

Tuesday, June 2, 2020

Laksa Lemak Nyonya

Gambar dari Google
Ini resipi mak mertua saya, dah lama suami suruh cari resepi ni, try mintak dengan mak mertua tapi dia dah lupa, cuba buat sendiri tak jadi - bukan cita rasa suami, banyak kali cuba buat tapi semua tak menjadi, try pi makan kat kedai pun, tak sama juga macam mak dia buat huhu, akhirnya try resepi dari minah ni Puan Marion Gatsby ini linknya: https://www.youtube.com/watch?v=vdRbJAw2Qjc tapi saya tambah sikit letak kerang, sebab suami kata mak dia letak kerang.  Memang sedap...

Sebenarnya bukan makan dengan laksa, tapi makan dengan mi kuning dia macam mi kari tapi kuahnya tak bubuh rempah kari pun. so saya simpan kat sini resepinya supaya anak cucu boleh ambil nanti.  Gambar tu dari Google tak sempat nak snap sendiri punya.

Bahan:

Minyak untuk menumis
1 kotak santan - saya pakai santan kara
12 keping tofu kering - potong 2
1 paket fish ball
4 sudu sos ikan atau garan secukup rasa
1 sudu gula
mi kuning atau mi hoon atau mi laksa
daun ketumbar, limau nipis/kasturi, tauge mentah - masukkan masa hidang nanti

Stok Udang

500 gram udang
sedikit minyak
kiub ayam

Kuah Laksa

10 biji cili kering
1 sudu udang kering
1 sudu besar lengkuas di hiris
1 sudu besar halia hiris
1 serai dititik
4 biji bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 akar daun ketumbar - hiris
1 sudu rempah ketumbar biji
1/2 sudu serbuk kunyit atau kunyit hidup
1 sudu besar belacan
3 biji buah keras

Cara-cara:

Stok Udang:

1.  Udang dicabut kepalanya - kepala udang jangan dibuang ya - bersihkan udang
2. Panaskan minyak -  masukkan kepala udang - tekan tekan kepalanya sampai kepala udang masak
3.  Masukkan air dan kiub ayam sehingga mendidih
4.  Tapiskan - ambil airnya sahaja - ketepikan


Kuah Laksa:

1.  Rendam cili kering dalam air panas atau rebus sampai masak
2.  Mesin cili kering dengan semua bahan untuk kuah di atas.
3.  Panaskan minyak, tumis semua bahan di atas sehingga naik bau
4.  Masukkan santan - kacau
5.  Masukkan air udang tadi dan kacau
6.  Masukkan sos ikan atau garam, gula, perasa
7.  Kecilkan api, masukkan tofu kering dan fish ball dan udang - biarkan mendidih
8.  Kalau sudah secukup rasa - bolehla dihidangkan bersama mi kuning/laksa/mi hoon, daun ketumbar (jika suka) tambah kerang rebus dan tauge mentah - ada juga yang tambah telur rebus


Rendang Ayam Pahang

Rendang ayam ni anak-anak suka makan, dia org kata ada rasa tersendiri, sebenarnya tak ada beza sangat pun denga rendang lain, cuma rendang ni tambah rempah ketumbar dan kerisik jer pun.

bahan:

1 ekor ayam
3 batang serai - titik1 keping asam keping atau air asam jawa secukup rasa 2.5 cawan santan
minyak masak untuk menumis
Garam dan gula
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
1 mangkuk cili kisar - ikut kepedasan 
2 inci halia
2 kunyit hidup 
2 ibu jari lengkuas
5 biji buah keras
Cara cara:
1.  Tumis bawang putih dan bawang merah hiris sehingga garing dan wangi.

1 cawan kerisik

Hiris:
Kisar:
2 sudu besar rempah ketumbar
1 helai daun kunyit - siat
2 helai daun limau purut - siat

2.  Masukkan cili kering dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan bahan kisar
4.  Masukkan daun limau purut, daun kunyit dan serai
5.  Masukkan ayam - kacau, tunggu hingga kering air
6.  Masukkan santan
7.  Nampak agak pekat, masukkan asam, kerisik, gula, garam, perasa (ikut suka)
8.  Kacau hingga pekat - ikut suka ada orang suka berkuah ada orang suka kering - dah siap

Rendang Telagi


 
Rendang ni sangat mudah dan sangat sedap, dapat resepi dari kawan, yang diambil dari arwah emaknya, memang sedap dan klu dah makan memang nak lagi sebab tu dipanggil rendang telagi.  Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang solehah dan semoga pahala berkongsi resepi yang sangat sedap ini tidak putus selagi ada orang yang mengamalkannya.

Bahan:

Daging sekilo
15-20 tangkai cili kering digoreng dengan sedikit minyak
Santan sebiji kelapa
Kelapa parut disangai cam nak buat kerisik
8-10 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Halia seinci
Kicap lemak manis
3 batang serai diketuk
Air asam jawa
Gula
Garam kalau tak cukup masin

Cara-cara:

1. Blend cili kering goreng, bwg merah, bwg putih, halia.
2. Tumis bahan blend
3. Dah naik bau masukkan daging, kelapa parut disangai dan santan.
4. Dah separuh kering masukkan asam jawa, kicap, gula dan garam kalau tak masin.
5. Masak sampai kering.
6. Siap utk dihidang.