Dari my dapur

air (2) asam pedas (2) ayam (8) bendi (1) briyani (1) bubur (2) daging (3) dendeng (1) durian (1) ikan (11) ikan patin tempoyak (1) kacang buncis (1) kacang panjang (1) kangkung (1) kari (1) kentang (1) kerepek (1) ketam (1) kopitiam (2) kudapan (1) kueh (1) lemon (1) makan luar (4) masak lemak (2) mcdonald (1) mee (2) minum petang (1) minuman (1) nasi (2) nasi ayam (1) nasi goreng (2) nasi kandar (1) nasi tomato (1) nenas (1) pajeri terung (1) pak su (1) pegaga (1) pizza (1) popiah (1) pulut (1) puri (1) rojak (1) roti (4) salad (1) sambal (4) sarapan (1) sardin (1) sayur (5) snek (1) sotong (2) sup (2) telur (2) tempoyak (1) tomyam (1) udang (8) yogurt (1)

Wednesday, July 27, 2011

Sambal bacang belacan dan sup petola dan soon


Pikir punya pikir apa nak masak hari ni, nak mudah nak cepat tapi nak sedap. Last sekali buat ikan bawal hitam masam manis, sup petola campur soon (en mus tu mesti nak kuah) dan sambal belacan campur buah bacang masak (kampung aku panggil buah macang). Buah macang ni kalau masa dia muda, getah dia amat berbisa, kena kat kulit boleh melecet kulit macam kena api tu... masa kecik dulu selalu kena sampai ke muka pun ke
na, dah tu pegi lah sekolah dengan muka melepuh macam kena api, bila dah baik parutnya bukan sekejap lama pulak tu baru nak hilang. Semua tu tinggal kenangan je. hari tu balik kampung tengok buah macang ni berguguran je dekat depan rumah mak tih, tak ada orang pun nak amik, bebudak sekarang ni tak hingin dia nak makan buah macam ni, mereka lebih suka dengan makanan ringan yang ada kat kedai, zaman aku dulu lambat gugur je, kalau tak sabar sangat siap jolok lagi, tu yang kena getah tu... Buah macang ni aku kutip bawak balik makan mentah macam tu je, lebih sedap dari mangga dengan bau dia yang harum tu, malangnya cuma aku sorang je yang makan, anak aku pandang pun tak hingin, en mus pulak buat basuh ikan je buah tu, bagi hilang hanyir katanya... bengang punya pasal aku pun buatlah sambal belacan dengan buah macang ni (cuma nak mengembalikan nostalgia masa lalu
), tengok-tengok aku sorang je yang makan, en mus cubitla sikit... jangan tak rasa katanya.. sedih aku. Ada lagi 3 biji dalam peti ais tu, nampak gayanya aku sorang je makan. Teringan kat ayah kat kampung dia makan macang ni dengan santan dan makan dengan nasi...

Sup petola dan soon
Bahan-bahan
1 biji petola
bawang merah,
bawang putih
ikan bilis
soon
fucuk
fish cake
garam
perasa jika suka

Cara-cara

1. Potong petola dan bersihkan, rendam soon dengan fucuk, potong fish cake
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan ikan bilis
3. Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak sampai naik bau
4. Masukkan air secukupnya, biarkan mendidih.
5. Masukkan petola, fish cake, soon dan fucuk, masukkan garam secukup rasa
6. Biarkan sehingga petola masak dan tutup api terus hidangkan panas-panas

Sambal Belacan campur macang

bahan-bahan
Belacan dibakar
Cili besar
Cili api
Buah macang di cincang

Cara-cara
1. Tumbuk belacan bersama dengan cili besar dan cili api sampai lumat
2. Masukkan buah macang dan kacau sehingga rata
3. Dah siap, hidangkan dengan nasi panas

Friday, July 22, 2011

Sayur lelicin dan udang paprik


Tetiba je teringin nak makan ikan kukus, tanya ijoi, bolehla mama tapi kena masak udang paprik. Apa lagi menunya jadi ikan siakap stim, sayur lelicin goreng belacan dan udang paprik. Sayangnya gambar ikan kukus tak sempat nak snap, dah tinggal separuh, burukla pulak gambar ikan dah tinggal sebelah.

Sayur Lelicin

Bahan-bahan
  • Sayur lelicin
  • belacan
  • bawang putih dan merah
  • cili merah
  • sos ikan atau garam

Cara-cara
1. Tumbuk belacan, cili, bawang putih dan bawang merah
2. Tumiskan bahan tumbuk sampai naik bau, masukkan lelicin yang telah dipotong dan dibersihkan
3. Tambah sedikit sos ikan atau garam kacau sampai rata dan lelicin layu
4. Dah hidangkanlah panas-panas

Udang Paprik

Bahan-bahan
15 ekor udang sederhana
2 helai daun limau purut
1 batang serai (potong atau ketuk)
1 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
4 jalar kacang panjang
1 biji cili merah (jika suka)
1 sudu makan tomato sos
1 sudu makan cili sos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan

Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah, serai dan daun limau puru sampai naik bau
2. Masukkan kacang panjang
3. Masukkan cili sos, tomato sos, sos tiram dan sos ikan
4. Masukkan udang kacau sampai udang dan kacan panjang masak
5. apa lagi hidang dan makan panas-panas





Monday, July 18, 2011

Kacang panjang asam rebus


Dah tak tau nak masak apa, pikir-pikir punya pikir masak asam rebus jelah, masakan yang paling mudah dan cepat.

Bahan-bahan

  • Kacang panjang. kacang bendi pun boleh gak
  • Bawang putih
  • Bawang Merah
  • Ikan bilis
  • Asam jawa
  • Cili api atau cili merah atau cili mesin (sikit je untuk bagi pedas sikit je)
  • garam
  • gula sikit - jika suka

Cara-cara
1. Tumbuk ikan bilis, bawang putih dan bawang merah sampai hancur
2. Campurkan semua bahan tumbuk dengan kacang panjang yang telah dipotong ke dalam periuk
3. Masukkan cili, air asam jawa secukup rasa
4. Hidupkan api, masukkan garam dan gula, masak sampai masak

ituje memang cepat dan mudah, tak perlu nak tumis-tumis, rebus je... rasa dia boleh tahan... sebab tengok en.mus menghirup kuah tak hengat... berpelu-peluh

Monday, July 11, 2011

Ikan bawal masam manis


Tak tau dah nak masak apa, bukak peti ais tenung lama-lama, usik iakn tak kena usik udang tak kena, last-last teringat ikan bawal baru beli dari pasar Pasir Penambang Tanjung Karang, masih fresh lagi. eee ini goreng garing-garing masak masam manis baru sedap ni... so inilah hasilnya...

Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia potong halus-halus
batang saderi
sebelah lada benggala atau cili besar
cili sos
tomato sos
sos ikan
gula

Cara-cara
1. Lumurkan ikan bawal dengan kunyit dan garam
2. goreng garing, angat dan asingkan
3. Tumiskan bawang besar, bawang putih, lada benggala, batang saderi dan halia sampai naik bau
4. Masukkan cili sos, tomato sos, sos ikan gula, kacau kalau terlalu pekat tambah sedikit air
5. Biarkan sehingga mendidih dan curahkan atas ikan bawal yang telah digoreng tadi


Monday, July 4, 2011

Makan luar : Minum petang di Mohd Chan Shah Alam

Hari sabtu yang lepas, pergi kedai Mahnaz food di Shah Alam nak beli kacang pistachio untuk dibawa jumpa along. Rupanya kedai dia kecik je... tapi lengkap semua barang makanan dari negara timur tengah ada dengan harga yang berpatutan. Sempatla membeli kacang campuran, susu segar, coklat, kacang pistachio dan jus delima. Habisla jugak ratusan ringgit... nampak je sikit tapi barang memang dah mahal ... apa nak buat nak makan beli la jugak.

Lepas membeli belah, en. mus ajak minum kat restoran Moh
d Chan dekat seksyen 15, teringin nak pekena mi katanya. So apalagi boleh jeeee kalau pasal makan, pantang ajak dan pantang jumpa je...

sampai sana en.mus order kue tiau kantonis (macam gambar kat atas), adik order nasi goreng china dan aku teringin nak makan dim sum. Air pulak, en.mus minum kopi susu, aku kedondong asam boi dan adik macam biasa air kosong. Semua sekali dengan harga RM26.00 ok la tu puas hati perut pun kenyang. En. mus kata berbanding dengan D'Templer, harga Mohd Chan lagi murah, tapi kalau ikur rasa, D'Templer lagi sedap...

Kurma Ayam simple...


Semalam, sebelum pergi Bagan Datoh nak tengok along sempat lagi masak breakfast dengan makan tengahari sekali gus. Bukan apa, risau budak 3 orang ni tinggal karang tak ada benda nak makan pulak. Mak dia pun bangun pagi-pagi masak la mee hoon goreng, nugget goreng, telur dadar dan ayam masak kurma.

Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan
Ayam (dalam 12 potong kecil)
santan kelapa (1 biji)
3 sudu makan rempah kurma
bawang merah
bawang putih
halia
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkih
kulit kayu manis (kalau suka)
serai
garam
kentang
tomato

Cara-cara
1. Tumiskan rempah tumis (buah pelaga, bunga cengkih,bunga lawang, kulit kayu manis), bawang merah, bawang putih, halia dan serai sampai naik bau
2. Masukkan rempah kurma, tumiskan sampai naik bau, jika hangit cepat-cepat masukkan sedikit air
3. Masukkan ayam, kacau biar ayam mesra dengan rempah tadi, kalau terlalu kering masukkan sedikit air, biarkan sekejap supaya air dari ayam tu kering dulu
4. Masukkan santan, kacau dan masukkan kentang dan tomato
5. Masukkan garam secukup rasa, bila dah betul-betul mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh, kacau sekali sekala supaya tidak pecah lemak
6. Dah masakkkk

Pembuka kata

aku terpanggil untuk mewujudkan blog ni adalah untuk berkongsi tentang apa yang aku fikirkan setiap hari. Setiap hari aku akan fikir, "nak masak apa hari ni ya???" persoalan yang sentiasa berada di fikiran apa bila nak balik kerja, persoalan seorang isteri dan ibu. Masakan apa yang digemari oleh anak-anak dan suami. Aku rasa lebih baik aku masukkan ke dalam blog, apa yang aku masak semalam, aku akan masukkan hari ni, dengan resipinya sekali, manalah tahu pengalaman apa yang aku masak ni dapat manfaat untuk orang yang membaca blog ni. Sebenarnya aku tak pandai masak, cuma try and error je, belajar dengan mak mertua dan cuba-cuba resipi dari blogger lain dan website masak-masak lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...