Dari my dapur

air (2) asam pedas (2) ayam (8) bendi (1) briyani (1) bubur (2) daging (3) dendeng (1) durian (1) ikan (11) ikan patin tempoyak (1) kacang buncis (1) kacang panjang (1) kangkung (1) kari (1) kentang (1) kerepek (1) ketam (1) kopitiam (2) kudapan (1) kueh (1) lemon (1) makan luar (4) masak lemak (2) mcdonald (1) mee (2) minum petang (1) minuman (1) nasi (2) nasi ayam (1) nasi goreng (2) nasi kandar (1) nasi tomato (1) nenas (1) pajeri terung (1) pak su (1) pegaga (1) pizza (1) popiah (1) pulut (1) puri (1) rojak (1) roti (4) salad (1) sambal (4) sarapan (1) sardin (1) sayur (5) snek (1) sotong (2) sup (2) telur (2) tempoyak (1) tomyam (1) udang (8) yogurt (1)

Wednesday, December 16, 2015

Nasi Tomato


Nasi tomato

6 pot beras (basuh dan toskan)
2 biji tomato masak (blend)
6 sudu besar sos tomato
1/2 tin susu cair
1 bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
garam


cara:

1.  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dipotong, untuk bau wangi boleh gunakan minyak sapi atau mentega atau margerin.   Kalau ada daun pandan tumis sekali sampai naik bau.

2.  Masukkan beras, kacau sampai rata

3.  Masukkan air jangan terlalu banyak sebab lepas ni nak masukkan susu cair,

4.  Masukkan tomato yang telah dimesin dan sos tomato kacau sampai rata

5.  Masukkan susu cair, kalau nampak macam tak cukup air tambahkan air.  Masukkan garam.

Sukatan air ni macam kita masak nasi biasa- agak agak jelah.  Kacau sampai kering air dan tutup periuk untuk wapkan nasi.  Kalau nak senang pakai periuk letrik jer,

Ayam sambal

2 ekor ayam
3 biji bawang besar
Cili mesin (3/4 blender)
2 besar sudu gula
sedikit cuka
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

cara:

1.  Lumur kunyit dan garam pada ayam dan gorengkan

2.  Tumiskan bawang besar sampai sedikit garing

3.  masukkan cili mesin

4.  masukkan gula, garam, cuka dan perasa

5.  masak api perlahan sehingga naik minyak.

6.  masukkan ayam yg telah digoreng dan kacau rata supaya sambal lekat pada ayam dan tutup api.

Acar Timun

Timun,
Cili merah
Nenas kalau ada
bawang besar

Cara:
gaulkan bahan di atas dengan gula, cuka dan garam secukup rasa

Dalca

bahan:
kacang dal
ayam / daging / tulang / kaki ayam
sayuran seperti - kentang, karot, terung, kacang panjang, tomato sebarang sayur ikut suka
daun kari - jika suka
rempah penumis (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis)
rempah kari
bawang putih
bawang merah
halia
garam
santan

Cara:
1.  rebus tulang atau daging atau ayam atau kaki ayam bersama dengan kacang dal sehingga empuk.
2.  tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan rempah penumis sampai naik bau
3.  masukkan rempah kari, kacau sampai naik minyak atau naik bau
4.  masukkan sedikit air supaya rempah tidak hangit.
5.  masukkan sayuran dan kacang dal dan daging yang telah empuk
6.  masukkan santan, kacau supaya tidak pecah minyak, masukkan garam tunggu sampai sayur empuk atau masak

dahh siap, hidangkan bersama dgn nasi tomato tadi, selamat mencuba, maaf tidak letakkan ukuran bahan-bahan sebab saya masak main agak-agak dan campak aja,







Pembuka kata

aku terpanggil untuk mewujudkan blog ni adalah untuk berkongsi tentang apa yang aku fikirkan setiap hari. Setiap hari aku akan fikir, "nak masak apa hari ni ya???" persoalan yang sentiasa berada di fikiran apa bila nak balik kerja, persoalan seorang isteri dan ibu. Masakan apa yang digemari oleh anak-anak dan suami. Aku rasa lebih baik aku masukkan ke dalam blog, apa yang aku masak semalam, aku akan masukkan hari ni, dengan resipinya sekali, manalah tahu pengalaman apa yang aku masak ni dapat manfaat untuk orang yang membaca blog ni. Sebenarnya aku tak pandai masak, cuma try and error je, belajar dengan mak mertua dan cuba-cuba resipi dari blogger lain dan website masak-masak lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...