Dari my dapur

air (2) asam pedas (2) ayam (8) bendi (1) briyani (1) bubur (2) daging (3) dendeng (1) durian (1) ikan (11) ikan patin tempoyak (1) kacang buncis (1) kacang panjang (1) kangkung (1) kari (1) kentang (1) kerepek (1) ketam (1) kopitiam (2) kudapan (1) kueh (1) lemon (1) makan luar (4) masak lemak (2) mcdonald (1) mee (2) minum petang (1) minuman (1) nasi (2) nasi ayam (1) nasi goreng (2) nasi kandar (1) nasi tomato (1) nenas (1) pajeri terung (1) pak su (1) pegaga (1) pizza (1) popiah (1) pulut (1) puri (1) rojak (1) roti (4) salad (1) sambal (4) sarapan (1) sardin (1) sayur (5) snek (1) sotong (2) sup (2) telur (2) tempoyak (1) tomyam (1) udang (8) yogurt (1)

Wednesday, January 26, 2011

Mc Donald

Malam tadi, en.mus baru dapat gaji, apa lagi.... calling calling la.. mcdonald melayang duit en.mus RM72.00, segala macam order, tiba-tiba sikecik tu nak nasi ayam... en.mus pun pi pasar malam beli nasi ayam, putu piring, sate dan char kue tiaw.. banyaknya makanan malam tadi, last-last nasi ayam tak makan, ayam goreng mcd tak makan, mc chicken tak makan, nugget tak makan. Nasi ayam jadi nasi goreng pagi tadi, en. mus bawak bekal, ayam goreng masih ada dalam oven. burger angah bawak bekal sekolah... masa teringin nak makan tak hingat, tapi bila dah ada depan mata semua tak lalu.

Tuesday, January 25, 2011

Nasi putih dan pajeri terung

Tengahari tadi makan nasi sayur pajeri terung dan ikan bawal goreng, sedap la pulak... pajeri terung tu terasa sedap pulak, aku tak pernah masak, meh kita tanya kat myresipi.com


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 3 biji terung panjang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1btg kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
  • minyak untuk menumis
  • 3-4 biji belimbing buluh(optional)
  • 3-4 biji lada hijau(optional)
  • 1/4 keping gula melaka
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
  2. Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus
  3. Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
  5. Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
  6. Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.

Nasi goreng belacan

Bangun pagi tadi tengok sambal belacam malam semalam ada lebih lagi dan sayur kacang buncis pun ada lebih lagi, apa lagi tengok nasi pulak ehhh ada lebih lagi, tinggg nasi gorengla nampaknya. Gaulkan ke semua apa yang ada, panaskan minyak dan lebur je dalam kuali tu kacau2 tambah garam sket tambah perasa sket.. dah jadi nasi goreng belacan. Happy je muka en.mus bawak bekal pegi kerja.. selesai tanggungjawab aku. angah pun korek sampai licin masuk dalam tuperware bekal lagi.. dah tak membazir, pikir malam karang pulak apa lagi nak masak

Kacang buncis goreng telur dan sambal udang

Semalam makan malam aku masak simple aja, sbb budak-budak ni memang dah lapar, balik sekolah je terus cakap mama nak makan lapar, sampai je rumah aku terus letak kuali atas meja tuang minyak goreng nugget, buat alas perut dia orang, lepas tu aku terus kan perjuangan di dapur, masak nasi, buat sambal udang, goreng ayam dan kacang buncis goreng telur, tiba-tiba rasa macam loya aja tengok ayam macam tak lalu nak telan, keluarkan ikan senangin, defrost dan goreng, dah siap siang dan garam kunyit. tiba-tiba en.mus mintak sambal belacan la pulak... tambah lagi satu menu last2 penuh meja..

Kacang buncis goreng telur

Potong kacang buncis, bawang besar, cili merah, basuh, panaskan minyak, masukkan kesemua sayur yang telah dipotong tadi, masukkan sos ikan atau garam..kacau sampai kacang masak dan pecahkan telur, kacau sampai telur masak, dhhh siap.

Sambal udang

Panaskan minyak, masukkan udang, goreng udang sampai masak atau hilang airnya, angkat dan toskan

Masukkan cili mesin, goreng sampai cili betul-betul masak, masukkan bawang besar yang telah dipotong, garam gula dan kalau nak masam masukkan air asam jawa (sikit je) atau cuka. Kacau sampai betul betul masak dan masukkan udang, kacau sampai rata dah angkat.

itulah menu aku malam tadi

Friday, January 21, 2011

Bubur nasi

Malam tadi pun tak nak makan nasi kecuali aku ni ha yang perut melayu, aku masak bubur untuk dia orang dan masak jugak nasi goreng ayam kunyit aja

bahan-bahan bubur nasi

beras

air

kiub ayam

lobak masin

cara-cara

masak nasi dengan air yang banyak, masukkan kiub ayam dan lobak masin

gereng ikan masin, kacang tanah, potong cili dan daun saderi untuk dimakan dengan bubur.



Kerepek "arrow head"


Untuk minum petang semalam, aku buat kerepek arrow head yang orang cina suka makan tu, semalam kat giant murah 0.99 sen je sekilo, so aku beli sekilo dan buat kerepek.

bahan-bahan

arrow head, buang kulit dan sagat macam buat kerepek ubi tu, panaskan minyak dan goreng sehingga garing macam kerepek tu. resipi ni aku amik dari myresipi.com (terima kasih), habis sebesen husband aku makan.


Mee Hailam

Tenghari semalam, malas nak makan nasi, kita orang makan mee hailam je,

Bahan-bahan

mee kuning

minyak bijan

bawang putih

udang

daging

sawi

sos ikan

kiub ayam

gula

tepung jagung

kicap masin

air


Cara-cara

1. Tumbuk bawang putih, jadikan dua bahagian

2. Panaskan minyak bijan, tumiskan satu bahagian bawang putih sampai naik bau dan masukkan mee kuning, goreng sampai masak, angkat dan ketepikan

3. Untuk kuah, tumis satu bahagian lagi bawang putih sampai naik bau

4. Masukkan udang, sawi dan daging, kacau sampai masak

5. Masukkan kiub ayam, sos ikan, kicap masin, gula dan air

6. Biarkan mendidih, masukkan mee kuning tadi

7. Bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam mee dan kacau, bila mendidih angkat, dah siap



Mee Hoon Goreng

Semalam cuti Thaipusam, jadi duduk rumah kena jadi tukang masuk atau hantu dapur la, tak ada kerja lain asyik makan aje. Sarapan aku masak mee hoon ringkas, tapi licin..

Bahan-bahan

udang kering

ikan bilis

cili mesin

bawang putih

bawang merah

sos tiram

sos ikan

mee hoon

taugeh (sayun ini ja yang ada)


Cara-cara

1. Rendam mee hoon

2. Tumbuk udang kering, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih

3. Tumiskan bahan yg ditumbuk tadi dengan cili mesin sampai garing dan naik bau

4. Masukkan sos tiram dan sos ikan, tak payah letak garam sebab sos ikan dah masin, kacau sampai mendidih

5. Masukkan mee hoon, kalau mee keras masukkan sedikit air

6. Kacau, bila dah nak angkat masukkan tauge kacau dan angkat,

goreng sedikit keropok ikan dan nugget ayam buat lauk, potong cili api dah siap licin...


Wednesday, January 19, 2011

Roti gulung sausage


Pagi tadi, aku buat roti gulung sausage je untuk dia orang bawak bekal., senang dan ringkas.

Bahan-bahan:
Roti gardenia
Sausage
Telur

Cara-cara:
Rebus sausage sampai masak
Gelek roti sampai leper
Gulung roti dengan sausage
Celup telur dan goreng

teraaa dah siap, masuk dalam bekas, dah bawak pergi sekolah


Masak lemak ikan masin dan terung bulat

Aku mulakan post aku dengan resipi petang semalam. Aku masak lemak ikan talang masin dengan terung bulat dan ikan tongkol goreng, itu je sebab semalam badan aku memang tak sihat.

Resipinya :

Ikan talang masin
Terung bulat
Kunyit hidup
Cili api
Santan kelapa
Garam
Asam Keping

Cara-cara:
1. Cili api dan kunyit hidup di mesin
2. Potong terung bulat dan basuh ikan masin tadi
3. Satukan semua ke dalam periuk
4. Masukkan santan, garam dan asam keping
5. Kacau sehingga terung betul masak dan mendidih, ok dah siap, kalau gulai tu dah cukup masin - sebab kadang-kadang ikan masin tu dah masin, tak perlu lagi bubuh garam

Ikan tongkol goreng

Bahan-bahan:
Ikan tongkol dipotong kecil dan nipis supaya digoreng nanti rangup
kunyit serbuk
garam

Cara-cara:
1. Ikan tongkol dibasuh bersih dan ditoskan
2. Lumurkan dengan garam dan kunyit (lebihkan kunyitnya supaya tidak hanyir)
3. Goreng ke dalam minyak yang betul-betul panas dan banyak supaya betul-betul garing

di makan semasa panas dengan nasi yang panas dan sekali dengan masak lemak ikan masin memang sedap...


Pembuka kata

aku terpanggil untuk mewujudkan blog ni adalah untuk berkongsi tentang apa yang aku fikirkan setiap hari. Setiap hari aku akan fikir, "nak masak apa hari ni ya???" persoalan yang sentiasa berada di fikiran apa bila nak balik kerja, persoalan seorang isteri dan ibu. Masakan apa yang digemari oleh anak-anak dan suami. Aku rasa lebih baik aku masukkan ke dalam blog, apa yang aku masak semalam, aku akan masukkan hari ni, dengan resipinya sekali, manalah tahu pengalaman apa yang aku masak ni dapat manfaat untuk orang yang membaca blog ni.

Pembuka kata

aku terpanggil untuk mewujudkan blog ni adalah untuk berkongsi tentang apa yang aku fikirkan setiap hari. Setiap hari aku akan fikir, "nak masak apa hari ni ya???" persoalan yang sentiasa berada di fikiran apa bila nak balik kerja, persoalan seorang isteri dan ibu. Masakan apa yang digemari oleh anak-anak dan suami. Aku rasa lebih baik aku masukkan ke dalam blog, apa yang aku masak semalam, aku akan masukkan hari ni, dengan resipinya sekali, manalah tahu pengalaman apa yang aku masak ni dapat manfaat untuk orang yang membaca blog ni. Sebenarnya aku tak pandai masak, cuma try and error je, belajar dengan mak mertua dan cuba-cuba resipi dari blogger lain dan website masak-masak lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...