Yogurt asli untuk satu mug ukuran biasa
Bahan-bahan
- 8 sudu susu tepung (brand tak kisah apa-apa brand pun boleh) - kalau nak lagi sedap lebihkan susu
- Air suam kuku (macam kita nak buat susu baby tu)
- 1 sudu besar yogurt natural (apa-apa brand pun boleh) - ni beli sekali je untuk dijadikan starter, kalau dah ada yogurt sendiri nanti, jangan habiskan, tinggalkan satu sudu untuk dijadikan starter atau ibu dia.
Cara-cara
1. Masukkan air suam ke dalam mug (jangan gunakan bahan kaca, gunakan mug atau mangkuk dari tanah liat, macam mug yang biasa kita pakai tu ok la). Kalau kat india dia gunakan periuk tanah liat tu.
2. Masukkan susu tepung kacau sampai betul-betul larut
3. Masukkan yogurt tadi, kacau sampai betul-betul larut
4. Kalau nak manis tambahkan sedikit gula. Kalau tak mau tak payah letak gula
5. Tutup mug dan biarkan semalaman, kalau pagi besok belum beku, peram sekejap lagi jangan terlalu lama takut terlalu masam.
6. Bila dah jadi tu, masukkan ke dalam peti ais, sejukkan
Bila dah ada yogurt tu bolehlah nak buat apa pun, kalau dicampurkan dengan oren ke strawberrry ke masukkan air dan gula, blend jadilah lassi, rasa macam nestle bliss tu tak payah beli lagi. Lagipun yogurt ni baik untuk penghadaman.
inilah hasilnya
Kalau nak baca khasiat yogurt pegi sini
kalau kat india, yogurt atau tairu ni dijadikan pencuci mulut selepas makan. Tapi dia orang punya tairu memang masam giler.. so kena makan dengan gula. Masukkan gula dan kacau, sedap rasa macam aiskrim je. Tapi kat india buat yogurt menggunakan susu segar, maklumla kat sana susu segar senang nak dapat. Kalau nak tengok cara buat yogurt dari susu segar tengok video ni dari manjula kitchen
Selamat mencuba.. memang berbaloi bagi penggemar yogurt. Semalam buat kari ayam pun tambah yogurt sikit menggantikan asam jawa. Lagi sedap sebab lemak. Kalau kari india dia tak ada santan, hanya masukkan yogurt je..
terima kasih kongsi resipi ni. insya allah kjee akan cuba.
ReplyDeleteSalam.Air suam tu banyak mana ye?
ReplyDeletesukatan air mengikut besar mana bekas kita, kalau dalam mug masukkan air sampai penuh mug
DeleteThanks you alls
ReplyDelete