Tuesday, January 15, 2019

Makaroni Goreng



Dah pening tak tau nak masak apa untuk sarapan pagi, balik balik nasi lemak, mee hoon, pikir punya pikir keluarlah ide makaroni goreng, selalu mac n cheese kali ni kita tukar jadi tekak melayu sikit.

Bahan-bahan

1/2 bungkus makaroni - rebus dan tuskan
cili benggala - potong dadu
batang saderi - potong nipis
bawang besar - potong dadu
bawang putih - tumbuk
cili mesin
tomato sos
sos tiram
isi ayam
perasa jika suka

cara-cara

1.  Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau,
2.  Masukkan cili mesin kacau hingga garing
3.  Masukkan isi ayam dan sedikit air supaya ayam cepat masak, tunggu hingga ayam masak
4.  Masukkan sos tomato dan sos tiram
5.  Masukkan semua jenis sayur tadi - sampai semua sayur masak
6.  Masukkan makaroni - kacau hingga rata dan rasa supaya secukup rasa
7.  dahhh siap



Friday, December 7, 2018

Burger ayam buat sendiri

Dah tak tau nak masak apa... buka peti ais ingat nak buat ayam panggang ..tengok tengok yang ada ayam hancur Ramli... terus terlintas nak buat burger maka jadilah burger ayam buat sendiri.  Sangat mudah dan cepat.


Bahan-bahan

1 paket ayam hancur Ramli
sebiji bawang besar
satu batang saderi
lada hitam
garam
mix italian spice - klu tak ada tak pe, gantikan dengan rempah kari pun boleh
roti - koyak koyakkan

untuk dimakan bersama burger
tomato
timun
daun salad
roti
sos -suka hati sos apa

Cara-cara
Gaulkan semua bahan sampai rata, buatlah bentuk sesuka hati, panaskan pan dan letakkan atas pan tu sampai burger tu masak. Kalau suka letakkan cheese atas burger tu, terpulang nak makan dengan cheese atau pun telur mata kerbau pun boleh.  Makan burger saja pun boleh.


Tuesday, October 9, 2018

Makan malam - ayam sambal, ikan masin, labu masak air

Sebelum balik kerja semalam dah terfikir nak masak apa malam ni.. huhu kalau dah jadi ibu tu mesti fikir nak masak apa, belum keluar ofis dah terfikir dah..

Keluar ofis pergi stesen LRT ambil anak teruna dan tanya dia makan apa malam ni. 

Dia tanya - "mama ada apa dalam peti ais?" 
mama dia jawab dengan panjang lebar - "mama ada ayam, sotong, ikan bawal hitam, ada daging, kobis, labu, karot,  mama rasa nak masak ikan bawal masam manis dan kobis goreng".

Dia jawab balik -"ayam sambal, dah lama mama tak buat"
mama dia jawab - "ok juga tu, kita buat kobis masak lemak putih dan goreng ikan masin untuk ayah"
Dia jawah pendek "ok" pandang sebelah tengok laaa dah pejam rupanya budak ni.  Tinggallah mama dia berangan sorang-sorang - baru teringat kelapa tak ada la pulakkk.

Sampai rumah buka peti ais defrost ayam, buka laci sayur tengok-tengok labu tinggal sikit aiikkk labu ni kita masak tumis air sedap ni,  So kejadiannya jadilah macam gambar kat atas tu..

Ayam sambal

bahan-bahan - semua bahan ni agak sendiri lah ya mengikut banyak mana ayam yang ada

1.  Ayam
2.  halia, bawang putih, - tumbuk
3.  bawang besar - hiris nipis
4.  cili mesin
5.  garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1.  Ayam dibasuh bersih, gaulkan dengan kunyit dan garam
2.  Selalunya goreng dulu ayam ni - tapi jangan sampai garing nanti ayam tu keras, - tapi kali ni saya gunakan teknik baru - letakkan ayam tu dalam kuali dan tutup. Nampak teknik ni daripada FB Kak Ida' kitchen, Ayam akan mengeluarkan minyak dia sendiri.  Ayam tersebut tidak akan keras. Setelah masak ketepikan.
3.. Tumiskan halia, bawang putih, bawang besar sampai garing dan naik bau
4.  Masukkan cili mesin, masukkan gula, garam - kalau suka masukkan perasa
5.  masak sampai garing - naik minyak
6.  masukkan ayam tadi, gaulkan sampai rata - dah siap

Labu tumis air

Ini memang masakan orang kampung - teringat masa kecik kecik dulu huhuhu

bahan-bahan


  • Labu - hiris nipis ya - bukan potong macam buat masak lemak tu
  • ikan bilis
  • bawang merah
  • bawang putih
  • garam
  • minyak untuk menumis - sikit jer ya

Cara-cara


  1. Ikan bilis, bawang dan bawang putih di tumbuk 
  2. Tumis bahan tumbuk di atas sampai naik bau
  3. masukkan air
  4. masukkan labu
  5. masukkan garam
  6. biarkan sehingga labu empuk - dah siap senang dan sekejap sahaja

Ikan Tenggiri Masin

Goreng ikan masin, perahkan limau dan potong cili

huuuu memang sedap tak payah lauk lain, habis seperiuk nasi dan si adik tak habis habis puji -"sedaplah lauk mama hari ni" - masak dengan kasih sayang memangla sedap.



Monday, October 8, 2018

Sarapan ala ala western - bbq sausage

Pagi ni breakfast ala western, dh lama tak buat, ini lagi cepat daripada buat nasi lemak, sup cendawan tin, baked bean tin, telur 1/2 masak, sausage ayam bbq, roti celup telur, salad, masa penyediaan lebih kurang 1/2 jam, tambah pulak dgn hot chocolate! Sambil hirup bayangkan sedang berada di Manchester dgn suasana yg dingin dan berangin walaupun tengah duduk kt meja makan di rumah haha - berangan memang best hilang duka nestapa

Roti telur

Roti gardenia dicelup telur yang dipukul bersama sedikit garam dan serbuk lada hitam - cairkan butter atau marjerin atas pan dan letakkan roti sehigga kekuningan.

BBQ Sausage

Sausage direbus terlebih dahulu sehingga masak, kemudian gaulkan dengan serbuk BBQ (beli ready made) saya guna hilmie bbq, cairkan butter atas pan dan golekkan sausage sehingga rempah bersalut dengan sausage.

Telur separuh masak

tak perlu ajar kot saya guna bekas telur yang sebelah kiri ni jer, senang - tuang air panas dan masukkan telur, cantik jer kejadiannya. 

Baked bean

Buka tin tuang dalam mangkuk jer - saya guna cap ayam sebab ini yang terbaik dan sedap

Sup cendawan

saya guna brand campbell - tuang dalam periuk, gunakan tin yang sama masukkan air dan tambahkan ke dalam sup cendawan tadi.  kacau sehingga mendidih.

Salad sayur tu

huhu itu lagi senang potong ajer mana sayur yang sesuai dan ada kat dapur, saya gaulkan dengan kew pie baked sesame untuk menambah rasa.

selamat mencuba






Friday, June 22, 2018

Ayam masak hitam

dah tak tau nak masak apa.. so mari cuba masak ayam hitam ni, sedap dan cepat dan mudah.

Bahan-bahan


  • sekor ayam
  • 3 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • rempah 4 beradik
  • buah keras - kalau ada
  • daun pandan - kalau ada
  • cili mesin
  • tomato puri - kalau ada - kalau tak ada gantikan dengan sos tomato atau buah tomato diblend hancur
  • kicap manis
  • kicap masin


Cara-cara:

1.  ayam dilumur garam dan kunyit, goreng - jangan terlalu garing, supaya tidak keras, dan ketepikan
2.  blend semua bahan, kecuali rempah 4 beradik dan daun pandan
3.  Tumis rempah 4 beradik dan daun pandan sehingga naik bau
4.  masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing atau terbit minyak
5.  masukkan kicap manis dan kicap masin
6.  masukkan ayam yg telah digoreng tadi
7.  kacau rata - dah siap



Friday, May 18, 2018

Ayam Masak Bali


Bahan-bahan

Ayam - lumurkan dengan garam dan kunyit
serai
daun kari
bawang besar
bawang putih
halia
cili mesin
garam
kicap manis

Cara-cara
1.  goreng ayam jangan terlalu garing supaya tidak keras - ketepikan
2.  mesin serai, bawang, halia, bawang putih
3.  tumiskan bahan mesin sehingga naik bau
4.  masukkan cili mesin - tumis sampai garing
5.  masukkan daun kari,
6.  masukkan ayam, kacau sampai rata
7.  hidang panas-panas bersama nasi panas

**gambar akan menyusul kemudian, akibat tak sempat nak ambil gambar dah kena ngap

Wednesday, April 25, 2018

sudah lama tidak bersiaran.... tunggu tak lama lagi resepi baru akan datang

Wednesday, October 11, 2017

Daging Kaprau

dah jemu makan daging kicap, daging kari, daging lemak, so hari semalam daging kaprau, guna pes tom yam, sedap juga makan dengan nasi panas


bahan-bahan

1.  cili api - ikut pedas
2.  bawang besar 1 biji
3.  pes tomyam 2 sudu - ikut rasa
4.  daging setengah kilo 
5.  cili sos thai
6.  daun basil atau selasih - klu tak ada tak pe

Cara-cara
1.  Perap daging dengan pes tomyam selama setengah jam
2.  tumis cili api dan bawang besar hingga naik bau
3.  masukkan daging yang telah diperap, masak sampai daging empuk atau masak
4.  masukkan kicap manis dan sos cili thai
5.  kacau sampai rata, masukkan daun basil
6.  cukupkan rasa kalau perlu tambah garam atau gula - selalunya dah sedap rasa sebab pes tomyam tu dah cukup rasa - saya suka berkuah sikit, kalau nak kering -  masak sampai kering la
7.  angkat dan hidangkan dengan nasi panas


Monday, August 21, 2017

Ayam Masak Ungkep


Resepi ayam ungkep ni saya ambil dari facebook Resepi Hari Ini,  boleh tengok video sekali kat sini.  Tapi saya dah tukar sikit mengikut cita rasa sendiri. Sedap dimakan dengan pulut atau nasi panas, lapi diperangat lagi sedap.  

Bahan 

1 ekor ayam
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 kotak santan

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis 
1 sudu makan lada hitam
15 biji cili api - optional mengikut cita rasa 

Bahan tumis

1 biji bawang besar - hiris
2 batang serai - titik
minyak secukupnya untuk menumis

Bahan Tambahan - kena ada baru sedap
1 keping asam keping
2 biji ubi kentang - potong 4
3 biji tomato belah 4
10 biji cili padi
2 helai daun kunyit - siat
air secukupnya untuk empukkan ayam - kalau ayam pencen kena lebih air


Cara

1. tumiskan bahan tumis sehingga garing dan naik bau
2.  masukkan bahan kisar hingga garing dan naik bau
3.  masukkan ayam dan kentang 
4.  masukkan air - biarkan sehingga ayam masak dan ubi empuk
5.  masukkan santan, garam, gula dan asam
6.  biarkan sehingga mendidih dan sedikit kering atau sehingga naik minyak
7.  masukkan daun kunyit, tomato dan cili padi
8.  masak sehingga tomato layu, biarkan sedikit kering 

dah siap



Friday, June 2, 2017

Daging Dendeng segera (tanpa rebus dan tumbuk)


Orang kata nak buat daging ni leceh dan susah.  Ahlhamdulillah saya dapat resepi ni dari facebook dan saya modify sikit supaya lebih cepat dan mudah.  Semalam baru buat untuk berbuka puasa, memang cepat.  Sempatlah buat berbuka puasa kalau mula ke dapur pukul 6.00.  almaklumlah orang bekerja tak bolehlah nak mula ke dapur lepas asar.  

Bahan:

1.  1/2 kilo daging - cuba dapatkan daging australia sebab daging ni lembut
2.  2 biji bawang besar - hiris - lagi banyak bawang lagi sedap
3.  5 ulas bawang putih - hiris
4.  1 inci halia - hiris
5.  2 helai daun limau purut - hiris 
6.  2 batang serai - kalau nak cepat mesin je, kalau rajin tumbuk, kalau nak cepat lagi ketuk je...
7.  2 sudu besar air asam jawa
8.  rempah penumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga - agak agak banyak mana
9.  kicap manis
10.  garam dan gula
11.  cili mesin

Cara:
1.  hiris daging nipis-nipis, perapkan dalam kicap manis dalam 15 minit, kalau tak nak perap pun tak pe, kata nak cepat kan....
2.  goreng daging tadi sampai garing dan toskan, ketepikan.
3.  goreng rempah penumis, bawang besar,bawang putih dan halia yang telah dihiris tadi, goreng hingga garing dan toskan dan ketepikan.  Lepas tu tumbuk sampai lumat.
4.  Tumiskan cili kering mesin, serai dan daun limau purut hingga cili betul-betul masak.  Masukkan gula dan garam.  Masukkan air asam jawa, kalau nak cepat lagi tuang cuka pun boleh gak.  Kacau sampai rata, masukkan lebihan kicap yang kita perap daging tadi.  Kacau sampai sebati.
5.  Masukkan daging yang telah digoreng, kacau sampai rata
6.  Akhirnya masukkan rempah penumis, bawang dan halia yang telah digoreng dan ditumbuk tadi, kacau sehingga sebati.
7.  siap.

Monday, May 29, 2017

Kari udang galah berkerisek

Minggu lepas balik kampung, pi pekan sari Temerloh, niat di hati nak cari ikan patin.  Tiba-tiba nampak pulak adik ni jual udang galah, bila ditanya udang galah dari mana, dia jawab dari Rompinok terus ambil dua pinggan RM55.00.  Beratnya dalam sekilo setengah.  Banyaklah jugak dalam 35 ekor bersaiz sedang.  Dah nampak dah nak masak apa - antara masak lemak cili api, masak kari atau tom yam.  Akhirnya encik suami bagi arahan buat masak kari berkerisek berencahkan kacang bendi dari kebun belakang rumah.

Bahan:

1 kilo udang galah
1 kotak santan - saya pakai brand kara - tuang dalam mangkuk, masukkan air dalam kotak, kacau untuk mendapatkan santan cair
3 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar kerisek - saya beli yang dah siap paket
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
6 biji kacang bendi - kalau tak ada gantikan dengan perencah lain
daun kari
garam

Cara:
1.  Bersihkan udang
2.  Halia, bawang besar dan bawan putih di hiris nipis
3.  Rempah kari dibancuh dengan air
4.  Tumiskan halia, daun kari, bawang besar dan bawang putih -sampai naik bau
5.  Masukkan rempah kari - kacau sampai garing
6.  Masukkan santan cair dan kerisek - tunggu sampai mendidih
7.  Masukkan udang, bendi dan garam serta santan pekat
8.  Tunggu sampai udang dan bendi masak.
9.  Dah siap



Wednesday, May 24, 2017

Masak lemak cili api telur ikan dan pegaga


dah lama tengok pegaga belakang rumah tu menjalar mintak ditebas.  Apa lagi masak lemaklah kita hari ni, tengok ada telur ikan pulak tu memang sesuai benar.  Bebudak tak suka telur ikan so kita masakkan dia ikan bawal masak masam manis, ayah dia pulak, kita gorengkan ikan sepat perkasam import dari Perlis, perahkan limau kasturi dan taburkan cili api.  Memang selera ...

Telur Ikan Masak Lemak Cili Api dengan Pegaga

1.  cili api - ikut suka
2.  kunyit hidup - ikut suka, kalau saya suka lebih sikit
3.  santan - nak sedap santan fresh - saya guna santan kotak cap ayam
4.  garam
5.  telur ikan - gantikan dengan ikan/ayam/daging pun boleh

Cara:
1.  Kisar kunyit hidup dengan cili api
2.  Masukkan dalam periuk, masukkan santan dan garam
3.  Masukkan daun pegaga, biarkan mendidih
4.  Masukkan telur ikan
5.  Kacau sehingga telur ikan masak, dah sudah
6.  Kalau ayam/daging - masakkan ayam/daging dengan cili api dan kunyit kisar sehingga kering air barulah masukkan santan dan pegaga
-- ada orang bubuh asam keping, tapi saya tak suka

Resepi Ikan Bawal Masam Manis ada kat sini

Mempizzakan roti


Nak buat pizza malas nak uli tepung, tengok ada roti, okla boleh jer janji cepat dan sedap.

Bahan

12 keping roti
1 botol sos spaghetti - yang ada kat rumah cambell - bolehlah janji sos
6 keping cheese keping tu, klu tak ada - saya pakai cheddar dan mozarella
6 keping salami, kalau tak ada daging / ayam hancur pun boleh
1 biji capsicum potong dadu- gantikan dengan cili merah pun boleh tapi jangan banyak nanti pedas
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
5 biji telur

Cara
1.  kalau guna daging hancur - masakkan dulu daging / ayam dalam pan - taburkan sedikit garam dan lada hitam
2.  kalau guna salami - masakkan salami atas pan - kalau tak nak masak pun boleh sbb salami memang dah masak
3.  celupkan roti ke dalam telur dan masakkan atas pan
4.  6 keping roti yang telah masak tadi susun dalam loyang
5.  sapukan sos spaghetti sehingga rata
6.  taburkan daging/ayam hancur atau susun salami / peperoni
7.  taburkan bawang/tomato/capsicum
8.  letakkan cheese keping/mozarella/cheddar
9.  susun lebihan roti 6 keping tadi
10.  curahkan lebihan telur
11.  taburkan cheese mozarella/cheddar/keping
12.  bakar selama 15 minit atau sehingga cheese cair - yang lain tu semua dah masak kan

itu sahaja, sebenarnya ia terpulang kepada kita nak letak apa apa pun.  kebetulan ada salami letak salami kalau tak ada terpulanglah, kita yang buat dia.

Selamat mencuba