Resipinya :
Ikan talang masin
Terung bulat
Kunyit hidup
Cili api
Santan kelapa
Garam
Asam Keping
Cara-cara:
1. Cili api dan kunyit hidup di mesin
2. Potong terung bulat dan basuh ikan masin tadi
3. Satukan semua ke dalam periuk
4. Masukkan santan, garam dan asam keping
5. Kacau sehingga terung betul masak dan mendidih, ok dah siap, kalau gulai tu dah cukup masin - sebab kadang-kadang ikan masin tu dah masin, tak perlu lagi bubuh garam
Ikan tongkol goreng
Bahan-bahan:
Ikan tongkol dipotong kecil dan nipis supaya digoreng nanti rangup
kunyit serbuk
garam
Cara-cara:
1. Ikan tongkol dibasuh bersih dan ditoskan
2. Lumurkan dengan garam dan kunyit (lebihkan kunyitnya supaya tidak hanyir)
3. Goreng ke dalam minyak yang betul-betul panas dan banyak supaya betul-betul garing
di makan semasa panas dengan nasi yang panas dan sekali dengan masak lemak ikan masin memang sedap...
No comments:
Post a Comment