Monday, March 7, 2016

Ayam Lemon

Dah boring dengan ayam goreng, ayam masak kicap, ayam sambal dan macam macam ayam masakan melayu, tetiba teringin nak cuba resepi ayam masakan lain pulak, mintak tolong dengan mr google dapatlah "lemon chicken". resepinya tidak mengikut resepi asal saya buat basic sahaja dan mengikut bahan apa yang ada di dapur.  Gambar ni pun saya copy dari shutterbean.com, Gambar sendiri tak sempat nak snap.

Bahan-bahan

3 ketul dada ayam
setengah biji lemon
6 biji bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit daun bawang - kalau ada
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka (menggantikan wain)
1 ketul kiub ayam
1 cawan air
1 sudu teh all spices (campuran semua rempah mat salleh tu)
1 sudu teh lada hitam
2 sudu besar minyak
1 sudu besar butter

Cara-cara
1.  gaulkan garam, lada hitam dan minyak dengan ayam
2.  gaulkan gula, lemon, bawang putih - bawang putih ni separuh saja dulu sebab lebihannya untuk menumis nanti
3.  letakkan ayam atas pan panas, sampai masak - macam grill tu - setelah masak ketepikan
4.  dengan minyak lebihan tadi tumiskan lemon yang dtelah digaulkan sehingga naik bau dan ketepikan
5.  panaskan butter dalam pan, tumis bawang putih, bawang besar, setelah naik bau masukkan all spices, daun bawang sampai layu
6.  masukkan cuka, kiub ayam, bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam pan, kacau sampai pekat. kecilkan api
7.   masukkan ayam kacau sampai rata kemudian masukkan lemon tadi kacau sampai rata dan angkat.

Wednesday, December 16, 2015

Nasi Tomato


Nasi tomato

6 pot beras (basuh dan toskan)
2 biji tomato masak (blend)
6 sudu besar sos tomato
1/2 tin susu cair
1 bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
garam


cara:

1.  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dipotong, untuk bau wangi boleh gunakan minyak sapi atau mentega atau margerin.   Kalau ada daun pandan tumis sekali sampai naik bau.

2.  Masukkan beras, kacau sampai rata

3.  Masukkan air jangan terlalu banyak sebab lepas ni nak masukkan susu cair,

4.  Masukkan tomato yang telah dimesin dan sos tomato kacau sampai rata

5.  Masukkan susu cair, kalau nampak macam tak cukup air tambahkan air.  Masukkan garam.

Sukatan air ni macam kita masak nasi biasa- agak agak jelah.  Kacau sampai kering air dan tutup periuk untuk wapkan nasi.  Kalau nak senang pakai periuk letrik jer,

Ayam sambal

2 ekor ayam
3 biji bawang besar
Cili mesin (3/4 blender)
2 besar sudu gula
sedikit cuka
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

cara:

1.  Lumur kunyit dan garam pada ayam dan gorengkan

2.  Tumiskan bawang besar sampai sedikit garing

3.  masukkan cili mesin

4.  masukkan gula, garam, cuka dan perasa

5.  masak api perlahan sehingga naik minyak.

6.  masukkan ayam yg telah digoreng dan kacau rata supaya sambal lekat pada ayam dan tutup api.

Acar Timun

Timun,
Cili merah
Nenas kalau ada
bawang besar

Cara:
gaulkan bahan di atas dengan gula, cuka dan garam secukup rasa

Dalca

bahan:
kacang dal
ayam / daging / tulang / kaki ayam
sayuran seperti - kentang, karot, terung, kacang panjang, tomato sebarang sayur ikut suka
daun kari - jika suka
rempah penumis (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis)
rempah kari
bawang putih
bawang merah
halia
garam
santan

Cara:
1.  rebus tulang atau daging atau ayam atau kaki ayam bersama dengan kacang dal sehingga empuk.
2.  tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan rempah penumis sampai naik bau
3.  masukkan rempah kari, kacau sampai naik minyak atau naik bau
4.  masukkan sedikit air supaya rempah tidak hangit.
5.  masukkan sayuran dan kacang dal dan daging yang telah empuk
6.  masukkan santan, kacau supaya tidak pecah minyak, masukkan garam tunggu sampai sayur empuk atau masak

dahh siap, hidangkan bersama dgn nasi tomato tadi, selamat mencuba, maaf tidak letakkan ukuran bahan-bahan sebab saya masak main agak-agak dan campak aja,







Monday, July 21, 2014

Rendang ayam orang kampung

Rendang ayam ni sangat senang dan sedap... aku campurkan resipi orang pahang dengan negeri sembilan.  Maaf gambar tak ada sebab tiba-tiba je rasa nak update blog ni, nanti lain kali kalau buat aku uploadkan gambarnya.


Bahan-bahan

Seekon ayam
8 batang serai - blend
5 ulas bawang putih - blend
1 labu bawang besar - blend
satu inci halia - blend
sikit lengkuas - blend
cilli api - blend
kunyit hidup - blend
2 sudu besar ketumbar biji - blend
santan pekat dari dua biji kelapa
garam
kerisik

*** kalau tak nak bubuh bawang, halia, lengkuas pun boleh (org n. sembilan tak pakai semua bawang ni)

Cara-cara
blend semua bahan diatas, masukkan bersama ayam dalam periuk, masukkan santan dan kerisik masak sampai kering - masukkan garam, itu je ... dah jadi rendang


Thursday, December 6, 2012

Nasi Kandar Zainul

Hari ni En. mus ajak makan nasi kandar zainul di PJ, alhamdulilah dapat parking, selalunya kalau lambat sket je dah penuh parking.  Parking tinggal satu je kosong itu pun tempat berbayar, nasi kandar punya pasal sanggup bayar sejam RM3.00.  Sampai kat kedai tu diaaaa dah panjang beratur, tengah beratur tu kakak tu tanya nak makan ke bungkus.  Bila kita jawab makan je, dia terus tanya nak makan apa dan tak pe dia tolong ambilkan.  Apa lagi nasi kandar dengan sayur dan ayam goreng, air limau ais, dua orang makan RM12.00 dah diskau katanya.   Tapi memang puas hati sedappp sampai menjilat jari dan warna kuah kari dia melekatt kat tangan tak hilang walaupun dibasuh dengan sabun, itu belum lagi bau dia, mau sampai malam karang pun tak hilang lagi.  Tengah makan En. mus teringin pulak nak makan kari sotong, ehhh cik abang ni tak ingatke penyakit dia hari tu???  haaaa tu dia seekor sotong RM10.00.  Memang sedapp karinya pekat tak ada rasa lain rasa rempah kari je... Makan setahun dua kali je boleh, jangan lebih dari tu alamat dapat penyakit lah.. kolestrol tinggi dan kalau ada penyakit fatty liver lagi lah lambat baik sebab rempahnya yang teramat pekat.

Lepas makan je apa lagi mata dah layu nak tidur, ni mesti bubuh kas kas.  Ehhhh jangan selalu lah makan kat sini, kalau nak ikut selera memang lah tapi kalau nak jaga kesihatan, macam dikatakan tadilah, setahun dua kali je boleh.


Monday, June 18, 2012

Makan di El toro subang jaya













hari tu dah tak tau nak makan apa, kebetulan cuti sekolah semua ada kat rumah dan ijoy kata apa kata malam ni kita makan western, terus ayahnya teringat restoran el-toro subang jaya. Itulah restoran western yang paling dekat dan yang tak pernah rasa lagi. So malam tu kami bersepakat makan kat situ..... result dia... kalau dari 10 bintang famili kami bagi 3 bintang je.... kurennnggg sket, biasa-biasa je... tak boleh lawan dengan restoran ini mustafa jones di taman malawati. Ini facebook el toro. Mustafa jones memang terbaikkkkk dan murah. Cuma jauh saja dari PJ. Ini gambar makanan di el toro yang kami makan dan harganya RM300++ mahal kan untuk enam orang. Kami cuma makan 3 steak, 2 chicken chop dan 1 lamb chop. 3 sup cendawan dan 6 air seven up. Harga makanannya mengikut gram, bukan satu pinggan... Kalau di tanya cukuplah sekali pergi tak berbaloiii


Tuesday, June 12, 2012

Salad Kentang


Ini salad yang cepat dan mudah, anak anak aku memang suka makan, mesti licin punya, ingatkan susah sangat nak buat, rupanya memang mudah...

bahan-bahan
3 biji kentang saiz besar (kalau guna kentang russet tu lagi lembut)
2 sudu mayonis
sedikit mustard (agak-agakla jangan banyak sangat nanti masam)
sedikit daun thyme (saya guna yang kering je, mana nak dpt yang segar kat tempat kita ni)
sedikit gula

cara-cara

1. kupas dan potong kentang, rebus sehingga lembut, bila dah mendidih masukkan garam secukup rasa
2. angkat dan toskan kentang bila dah lembut
3. gaulkan dengan semua bahan di atas, rasalah sehingga secukup rasa
dahhh itu je.. memang mudah dan cepat
4. ada orang bubuh bawang besar, sbab anak aku tak suka makan bawang so aku tak letak, ada tu kalau nak lemak masukkan telur rebus


Wednesday, May 23, 2012

Nasi briyani mudah


Hari jumaat lepas, join kelas memasak nasi briyani, chef nya didatang khas dari subang jaya orang singapura, memang sedap nasi briyani dan lauknya... cepat dan mudah. Tak nak cerita banyak ini dia resipinya.

Nasi Briyani

Beras basmathi (sukatannya sama banyak dengan air)
rempah penumis (4 beradik tu)
margerin atau minyak sapi
daun pudina dan daun ketumbar (jika suka), daun pandan pun boleh
safron di rendam dalam air (kalau tak ada pewarna kuning, kalau tak ada tak payah letak)
garam
Bawang merah
halia
bawan putih
susu cair atau susu segar
garam

Cara-cara
1. Basuh beras dan tuskan
2. tumiskan rempah penumis dengan bawang merah, bawang putih dan halia menggunakan margerin atau minyak sapi, tumis sampai naik bau. Sementara tu didihkan air.
3. Masukkan bahan penumis yang telah masak ke dalam air yang sedang mendidih, masukkan susu (sikit je jangan banyak nanti nasi lembik pulak) masukkan garam. Tunggu sampai air mendidih.
4. Setelah air mendidih masukkan beras, dan tutup. Tunggu sampai nasi kering.
5. Setelah nasi kering masukkan daun ketumbar, daun pudina ke dalam nasi.
6. Akhir sekali buatkan beberapa lubang pada nasi yang telah masak tadi dan masukkan pewarna ke dalam lubang tersebut, tutup tunggu nasi betul-betul masak. Dah siap, meh kita tengol lauknya pula.

Ayam / Daging / Kambing briyani

Ayam
rempah briyani
bawang merah
bawang putih
halia
buah tomato
cili sos
tomato sos
susu cair atau segar
garam
minyak
cili hijau di mesin (jika suka)

Cara-cara
1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, buah tomato.
2. Perapkan ayam dengan bahan hirisan di atas dan semua bahan di atas selama 1 jam kecuali susu.
3. Setelah sampai 1 jam, kalau nak cepat tak payah nak perap masak je terus. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan di atas kecuali susu.
4. Masak ayam sampai bahan-bahan hirisan hancur atau ayamnya masak, masukkan susu dan garam, kalau nak kuah banyak jangan sampai kering, kalau nak pekat masak sampai kering. Terpulanglah... itu je.. mudah je kan.. meh kita tengok nenasnya pulak.

Nenas tumis air

Bahan

Nenas di potong
rempah penumis dan kalau suka sedikit biji sawi
bawang putih
halia
bawang merah
air
gula
garam
minyak

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan rempah penumis, halia dan bawang putih. Tumis sampai naik bau
2. Masukkan nenas dan air, tunggu sampai nenas masak, masukkan garam dan gula dan bawang merah.
3. Tunggu sekejap sehingga bawang merah layu dan angkat.

selamat mencuba...



Friday, April 13, 2012

Ikan parang asam rebus


En. mus kena operation, kenalah makan benda yang tidak berminyak, tiba-tiba dia teringinlah nak makan ikan parang asam rebus, "buat macam mak buat tu" katanya merujuk kepada masakan yang selalu mak mertua aku masak (pn. hjh. bitah), aku mulalah mereka-reka resipi yang dah ingat-ingat lupa tu, yang seingat aku bubuh belacan (orang melaka.... mana pernah tinggal belacan kan) tapi dia ni baru lepas operate mana boleh makan belacan nanti gatal lah pulak. Lupakan niat bubuh belacan, campak jelah mana yang ingat.

Bahan-bahanPublish Post
2 potong ikan parang
3 biji bawang putih (hiris)
1/2 bawang besar (hiris)
1/2 inci halia (hiris)
satu sudu kecil lada hitam
garam
air asam jawa

Cara
Masukkan ke semua bahan di atas dan masak.

Senang memang senang dan sedap, tapi apa komen en. mus "apasala hanyir aja rasanya".. aku pun tak tau kenapa samada ikan tu yang hanyir atau kekurangan bahan

So dua hari lepas aku masak sekali lagi resipi ni, tapi kali ni aku tambahkan lagi halia dan tambahkan sedikit belacan dan lada merah.

Then barulah tiada ku dengar lagi komen yang tak sedap, tapi... komen yang sedap pun tak dengar.. aku buat andaian sendiri - "okey lah tu"

Friday, February 24, 2012

Ayam panggang paling mudah dan air longan blended


Fikir punya fikir, apa benda nak masak ni, dapatlah idea nak masak ayam panggang paling mudah, tidak memerlukan banyak bahan dan sedap. Bila dah siap ayam panggang tu terfikir pulak nak minum air buah, tengok ada pulak longan dalam tin, apa lagi masukkan dalam blender, blend sampai hancur dan masukkan ais memang tak sangka sedappp.

Ayam panggang mudah

  • dada ayam - kalau ada, kalau tak ada apa-apa pun boleh janji ayam
  • bawang putih dan halia - mesin sampai hancur
  • lada hitam
  • garam
  • tomato sos
  • mustard

Cara-cara:
Gaulkan semua bahan di atas dan biarkan selama 10 minit, lagi lama lagi bagus. Nak panggang tu pakai aja apa yang ada, microwave ke oven ke, hari tu aku punya malas panggang dalam pan je (kuali leper). Panggang jelah sampai masak. Dah masak nak makan dengan nasi ke, makan dengan cili sos ke sos lada hitam ke suka hatilah...

Wednesday, February 8, 2012

kobis lemak putih dan sambal udang mudah


Makan malam yang amat simple semalam, dah lah makan lambat pukul 8.00 baru masak sebab apa??? melayan cerita "money never sleep" best juga cerita dia, disebabkan duit bapa sanggup tipu anak.. ehhhh memang berantu betul duit ni kan.. anak beranak pun sanggup berbunuhan...

Habis cerita tu barulah lari ke dapur, apa nak masak ni, yang paling cepat, mudah dan sedap. Ini dia masakannya (sayur lemak kobis, sambal udang mudah, ikan goreng dan sambal belacan).

Kobis masak lemak putih

Potong kobis, basuh masukkan ke dalam periuk, (saya gunakan kobis beijing, sebab dia manis dan rangup)
potong sedikit bawang merah,
sejemput ikan bilis atau udang kering
cili merah kalau ada
lobak merah kalau ada
santan
garam
kalau nak manis bubuh gula sikit
semalam semata-mata kobis dengan bawang dan udang kering je... nak cepatlah katakan
masukkan semua bahan dalam periuk, letak atas api, tunggu sampai mendidih, jangan tinggalkan nanti pecah lemak dah tak sedap. Bila mendidih tu kacau supaya tak pecah lemak bila kobis dah layu ok lah tu dah masak

Sambal udang mudah

25 ekor udang sederhana
3 senduk kecil cili mesin
gula, garam, sos ikan (kalau ada)
bawang besar

Tumis cili mesin sampai garing atau masak, masukkan bawang besar dan udang, garam dan gula, sos ikan, kacau sekali sekala. Tunggu sehingga udang masak dan angkat.




Tuesday, January 10, 2012

Jalan-jalan cari makan (Kuantan)

Salam sejahtera... dah lama tak berjumpa di dalam blog makan apa ni, maklumlah tersangat sibuk sangat... sampaikan nak update blog pun tak sempat, sebenarnya bukan tak ada aktiviti masak ni, ada tapi kadang kala tu benda yang sama je masak dan ada tu dah masak tapi terlupa nak snap gambar daaa melepas...

ok untu entry hari ni nak promote sket tempat yang kita orang tak pernah miss kalau ke Kuantan, ni haa kedai dia Pak Su, tepi laut memang selesa dan nyaman. Kedai ni kepunyaan orang cina tapi semuanya sea food, memang ramai orang makan kat sini, meh tengok apa yang kita orang makan ni, - ikan siakap stim, butter prawn, lobster goreng nestum, ketam goreng pedas, sup sayur
Ini papan tanda kedai dia ini bil nya, perhhh pereh aku, makan tak ingat


Tuesday, November 8, 2011

Asam pedas ikan pari

yesss kita berjumpa lagi, dah lama tak bersua di alam blog ni, entah macamana lepas cuti hari raya haji ni ada kelapangan masa untuk mengetuk keyboard kembali. Kali ni nak berkongsi masakan asam pedas ikan pari berencahkan terung. Tiba-tiba terjumpa pulak gambar ni dalam folder picture tu, tapi sorry gambar tu tak berapa nak senonoh, comot sikit, sebab tengah makan baru teringat nak snap gambar, jadi lah gambar tu...

Bahan

Ikan pari (basuh bersih-bersih, kalau tak nanti bau hanyir)
terung (sayur lain pun boleh)
cili kering mesin
belacan
daun kesum (kalau tak ada, bunga kantan atau serai pun boleh, daun kari pun ok gak)
bawang putih
bawang merah
sedikit lada hitam (jika suka)
asam jawa

Cara-cara
1. Tumbuk belacan, bawang putih dan merah
2. Tumis cili kering mesin dengan bahan di atas, sampai garing
3. Masukkan air asam jawa
4. Masukkan semua bahan lain di atas (ikan, sayur dan daun kesum)
5. Masukkan garam secukup rasa
6. Tunggu sehingga masak dan hidangkan (terung empuk)

dahhh siap, senang je masak ni ...

Tuesday, October 4, 2011

Bertemu kembali




yaaa ampunnnn dah bersawang dah blog kita ni... punyalah lama tak bertengok, mula dari puasa hari tu sampai lah dah nak raya haji ni ha baru kita jumpa balik. Bukannya kita dah tak masak, masak tetap masak tapi memang sibukkkk sangat sampai tak sempat nak berblog. Cerita sebenarnya masa bulan puasa hari tu kita tak masak sangat kita order pakai mangkut tingkat je.. jadi tak ada benda nak kongsi pasal masak-masak ni. Tiba-tiba lepas raya sibuk pulak ngan rumah terbuka jadi macam tak masak jugak.. bila dah habis raya ni insyaallah kita akan aktif balik, nanti kita akan uploadkan balik ya kita punya resipi bodo-bodo tu,,, soryy mr blogger... nanti kita bronline lagi ya...