Wednesday, October 23, 2019

Ikan Siakap Masak Kengsom

Dah bosan - bila tengok ikan siakap jer masak stim, stim kicap, stim limau, stim taucu bosan pulak.. last last cari resipi ikan siakap masak kengsom.  Resepi diambil dari rasa.my   memang sedap dan dapat resepi baru kalau dah tak tau nak masak apa.

Bahan-bahan:

1.  ikan siakap sekor
2.  Cili merah 2 biji *
3.  Cili api pedas tu 5 biji - kalau nak pedas boleh lebihkan *
4.  bawang merah besar - 1 biji *
5.  bawang putih - 3 ulas *
6.  serai sebatang *
7.  kunyit hidup agak-agak*
8.  belacan agak-agak *
9.  nenas
10.  kangkung
11.  asam keping - resepi asal air limau
12.  air asam jawa
13.  garam
14.  gula

Cara-cara
1.  mesin semua bahan bertanda *
2.  masukkan bahan yang telah dimesin ke dalam periuk, masukkan air secukupnya
3.  masukkan nenas dan asam keping dan air asam jawa
4.  biarkan mendidih, masukkan ikan siakap,
5.  masukkan garam dan gula
6.  biarkan ikan masak, masukkan kangkung
7.  kangkung dah layu atau masak dahhh siap tutup api dan hidangkan


Monday, October 7, 2019

Ayam goreng telur masin (Salted egg chicken)

Jenuh pikir apa nak masak tengahari semalam - tengok dada ayam macam nak buat chicken butter, dah muak pulak.  Tiba-tiba teringat ada belik serbuk telur masin dari shopee, ini macam bagus jer.. so apa lagi kita google lah, tengok youtube ada jer cara nak masak, cuma ada yang tak kena dengan selera kita.  So saya modified jadi versi saya sendiri. 

Bahan-bahan
1.  Dada atau isi ayam - potong kecil
2.  Tepung jagung - saya guna tepung bestari jer
3.  Daun kari
4.  Cili api
5.  Susu cair - saya guna susu kotak nestle
6.  Butter
7.  Serbuk telur masin
8.  Bawang putih - tumbuk

Cara-cara:
1.  Gaulkan ayam yang telah dipotong dengan tepung
2.  Goreng ayam sampai masak, kalau rangup lagi sedap, ketepikan.
3.  Cairkan butter dalam kuali
4.  Masukkan cili api, daun kari dan bawang putih, goreng sampai naik bau
5.  Masukkans susu cair, kacau
6.  Masukkan serbuk telur masin, kacau sampai kering, kalau suka berkuah, jangan biarkan sampai kering
7.  Masukkan ayam, gaulkan mengikut kepekatan yang diingini, contoh saya punya tu saya buat sampai kering sebab sukat makan rangup-rangup
8.  dah siap



Friday, October 4, 2019

Cekodok Labu

Kalau sebut pasal labu ni memang kegemaran acik dan anak-anak, suami jer tak suka labu.  Hari tu beli labu sebelah, selalunya buat pengat atau gulai lemak.  Kali ni macam dah bosan pulak asyik makan benda yang sama.  Dah dua minggu labu tu duduk dalam peti ais.  Sebelum busuk baik ambil tindakan sesuatu kalau tidak dibakul sampahkan jer huhu  membazir amalan syaitan.  Fikir-fikir punya fikir dah puas mengoogle last last jadilah cekodok labu.  Dapat semangkuk besar tapi tak sempat nak snap gambar dah selamat duduk dalam perut.  Gambar labu ajerlah acik letak kat sini.  Suami pun yang tak suka makan labu pun termakan juga.  Selamat dari membazir..

Bahan-bahan - agak-agak ya mengikut keperluan

1.  Labu - rebus sampai empuk dan lenyek
2.  Tepung gandum
3.  Gula perang - klu tak ada gula putih pun boleh
4.  Soda bikarbonat sikit - klu suka kalau tak suka tak payah letak-tujuan dia nak bagi dia cantik kembung - ada orang tak suka letak

Cara-cara
1.  Campurkan semua bahan dan gaul sampai rata, macam kita buat cekodok pisang tuuuu
2.  Perapkan sekejap nak bagi dia naik, kalau nak cepat tak payah perap goreng jer terus.
3.  sudukan masuk dalam minyak panas, api jangan besar sangat nant hangus
4.  dah siapppp

|


Thursday, September 19, 2019

Detoksifikasi

Hari ni kita lari tajuk sikit... tapi masih berkisar pasal makanan jugak.. Acik dah insaf konon nak jaga pemakanan, tak nak lagi makan makanan yang mendatangkan penyakit,  Jadi acik baca buku ni dan acik tolong translate sikit jer klu nak baca sebiji buku tu bolehlah dapatkan di link yang acik bagi tu.  Free jer... emel je kat acik nanti acik bagi free (cdah3@yahoo.com)

Detoksifikasi
Diterjemahkan oleh saya daripada buku: The Detox Miracle Sourcebook – Robert Morse

Manusia adalah spesies alkali. Makanan membentuk asid menyebabkan keradangan dan kesesakan dalam badan, mewujudkan keadaan anionik. Reaksi ini menyebabkan nutrien, sel darah dan lain-lain mula melekat bersama dan menggalakkan pembentukan lipid dan semua jenis batu. Oleh itu, nutrien menjadi tidak tersedia untuk sel yang membawa kepada kelaparan selular.

Kerana asidik keradangan dan merosakkan sel, tubuh akan gunakan steroid, elektrolisis, air, lipid (kolesterol) dan lain-lain untuk bertarung.  Ini menyebabkan dehidrasi secara dalaman dan luaran.
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengubah pengambilan makanan berbentuk asid kepada makanan berbentuk alkali. Penggunaan makanan berbentuk alkali, iaitu terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran akan memulakan proses detoksifikasi dan rehidrasi . Jika anda ingin mempercepatkan proses pembersihan, buah-buahan ini dan sayuran mesti semua mentah, iaitu mentah dan tidak diproses. Jika anda mahu menggali lebih mendalam ke dalam tisu dan mempercepatkan proses lebih jauh, anda boleh mengambil semua buah-buahan mentah segar sahaja. Buah-buahan mempunyai jumlah antioksidan tertinggi dan sifat astringen semua makanan. Pembakaran gula mereka adalah lambat tetapi berkuasa dan akan meningkatkan daya hidup sel lebih cepat daripada makanan lain dan dengan kurang upaya pencernaan. Mereka juga mempunyai sifat elektrik tertinggi. Tenaga dalam buah mentah sangat tinggi sehingga mempercepatkan pengangkutan neuron dan fungsi endokrin.

Kerana buah-buahan mentah sangat berkuasa dalam detoksifikasi dan memulihkan daya hidup, penting untuk diperhatikan di sini bahawa seseorang boleh menyahtoksik dengan cepat. Ini boleh membawa kepada gejala pembersihan melampau. Ia mungkin akan menyebabkan banyak tindak balas yang teruk seperti:
pelbagai abses muncul di dalam mulut, pembengkakan seperti tumor di seluruh badan, kulit sebenarnya membuka dan melelehkan nanah bahkan meludahkan tumor.

Ini hanya kerana individu itu bertukar dengan segera dari diet biasa makanan tenusu, makanan daging dan bahan kimia toksik kepada sangat tulen iaitu buah segar dan mentah. Diet buah akan membangkitkan toksin dan lendir dalam badan dengan cara yang agresif dan meninggalkan kesan yang sangat ketara.  Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan diet makanan mentah semua buah-buahan dan sayur-sayuran untuk beberapa minggu pertama, ini akan memperlahankan proses pembersihan.  Salah satu cara yang paling mendalam untuk menyahtoksik diri anda adalah melalui puasa air. Saya mengesyorkan puasa air hanya untuk kes kronik. 

Proses detoksifikasi tidak selalu menyeronokkan. Kebanyakannya kes yang sukar adalah dari kanser, HIV, atau kecederaan saraf tunjang di mana individu telah menjadi sangat toksik. Ingat, badan akan mula menghapuskan apa-apa yang tidak sepatutnya berada di dalamnya, walaupun sampai ke tahap menghapuskan tisu lemah (seperti kuku jari kaki), dan tisu otot yang lemah. Lebih menakutkan lagi adalah anda perlu tahu apa yang badan akan lakukan untuk membersihkan dirinya sendiri. Badan boleh merosakkan diri ke tahap yang menakutkan untuk menghapuskan kelemahannya dan toksin.
Walau bagaimanapun, yakinlah bahawa tubuh akan membina semula dengan indahnya. Ia adalah proses biasa alam semula jadi. Alam sentiasa menghilangkan yang lemah dan menggantikannya dengan yang kuat. Perkara yang sama boleh juga berlaku kterhadap sel-sel.

Sekiranya anda mempunyai bahan kimia toksik yang disimpan di dalam badan anda, anda mungkin mengalami pendarahan jantung semasa anda membersihkan. Ini jarang, tetapi ia boleh berlaku. Ingat bahawa kita mempunyai toksin yang disimpan jauh di dalam kita dari sejauh seperti ketika kita berada di dalam rahim ibu. Jangan mengharapkan untuk membersihkannya semalaman. Walau bagaimanapun, saya telah melihat limfoma hilang dalam empat puluh lima hari, kanser perut lima puluh sembilan hari dan kencing manis dihapuskan dalam enam puluh hari.

Tubuh juga akan mempromosikan diaphoresis sendiri (proses peluh) dengan meningkatkan suhu sistemiknya untuk melebar, berpeluh dan membunuh parasit. Proses ini tidak bertahan lama, hanya perlu melalui satu, dua atau tiga kitaran sahaja, ini untuk mengatasi kebanyakan gejala penyakit.
Kehidupan adalah proses memakan dan menghapuskan yang berterusan. Anda akan menjadi detoksifikasi untuk sepanjang hayat jika makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran secara tetap. Tubuh akan kekal menggali lebih mendalam dan mendalam dalam dirinya sendiri, membersihkan dan memulihkan apa sepatutnya. 

Kebanyakan proses ini menjadi sangat halus sehingga kita tidak akan tahu ia berlaku, kecuali gejala pelepasan lendir sekali-sekala, simptom jenis sejuk, atau sakit dan sakit. Tubuh direka secara luar biasa dan sangat pintar.

Thursday, August 22, 2019

Biskut cip coklat gedabak

Minum petang hari ni kita buat biskut coklat cip gedabak - resepinya saya ambil dari blog azie kitchen - www.aziekitchen.com terima kasih puan azie sangat sedap
sekali hadap dah habis

 Bhn a
1/2 butter
1/2 cawan gula
1/4 cawah gula perang
1 biji telur
1/2 cawan minyak 
Even vanila
1/2 such Teh cuka
1/2 sudu Teh garam
1/2 sudu Susu cair

Bahan b

2 cawan tepung
1 sudu besar tepung jagung
1 such besar serbuk coklat
1/2 sudu Teh soda bikarbinat
Ayak semua bahan di atas
1 cawan coklat  cip
Kekacang klu ada

Cara

Pukul bahan a sampai kembang
Campurkan bahan b

Gaulkan dan bentukkan bulat dan Bakar, says guna microwave so pilihjer menu biskut

Dah siap



Tuesday, January 15, 2019

Makaroni Goreng



Dah pening tak tau nak masak apa untuk sarapan pagi, balik balik nasi lemak, mee hoon, pikir punya pikir keluarlah ide makaroni goreng, selalu mac n cheese kali ni kita tukar jadi tekak melayu sikit.

Bahan-bahan

1/2 bungkus makaroni - rebus dan tuskan
cili benggala - potong dadu
batang saderi - potong nipis
bawang besar - potong dadu
bawang putih - tumbuk
cili mesin
tomato sos
sos tiram
isi ayam
perasa jika suka

cara-cara

1.  Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau,
2.  Masukkan cili mesin kacau hingga garing
3.  Masukkan isi ayam dan sedikit air supaya ayam cepat masak, tunggu hingga ayam masak
4.  Masukkan sos tomato dan sos tiram
5.  Masukkan semua jenis sayur tadi - sampai semua sayur masak
6.  Masukkan makaroni - kacau hingga rata dan rasa supaya secukup rasa
7.  dahhh siap



Friday, December 7, 2018

Burger ayam buat sendiri

Dah tak tau nak masak apa... buka peti ais ingat nak buat ayam panggang ..tengok tengok yang ada ayam hancur Ramli... terus terlintas nak buat burger maka jadilah burger ayam buat sendiri.  Sangat mudah dan cepat.


Bahan-bahan

1 paket ayam hancur Ramli
sebiji bawang besar
satu batang saderi
lada hitam
garam
mix italian spice - klu tak ada tak pe, gantikan dengan rempah kari pun boleh
roti - koyak koyakkan

untuk dimakan bersama burger
tomato
timun
daun salad
roti
sos -suka hati sos apa

Cara-cara
Gaulkan semua bahan sampai rata, buatlah bentuk sesuka hati, panaskan pan dan letakkan atas pan tu sampai burger tu masak. Kalau suka letakkan cheese atas burger tu, terpulang nak makan dengan cheese atau pun telur mata kerbau pun boleh.  Makan burger saja pun boleh.


Tuesday, October 9, 2018

Makan malam - ayam sambal, ikan masin, labu masak air

Sebelum balik kerja semalam dah terfikir nak masak apa malam ni.. huhu kalau dah jadi ibu tu mesti fikir nak masak apa, belum keluar ofis dah terfikir dah..

Keluar ofis pergi stesen LRT ambil anak teruna dan tanya dia makan apa malam ni. 

Dia tanya - "mama ada apa dalam peti ais?" 
mama dia jawab dengan panjang lebar - "mama ada ayam, sotong, ikan bawal hitam, ada daging, kobis, labu, karot,  mama rasa nak masak ikan bawal masam manis dan kobis goreng".

Dia jawab balik -"ayam sambal, dah lama mama tak buat"
mama dia jawab - "ok juga tu, kita buat kobis masak lemak putih dan goreng ikan masin untuk ayah"
Dia jawah pendek "ok" pandang sebelah tengok laaa dah pejam rupanya budak ni.  Tinggallah mama dia berangan sorang-sorang - baru teringat kelapa tak ada la pulakkk.

Sampai rumah buka peti ais defrost ayam, buka laci sayur tengok-tengok labu tinggal sikit aiikkk labu ni kita masak tumis air sedap ni,  So kejadiannya jadilah macam gambar kat atas tu..

Ayam sambal

bahan-bahan - semua bahan ni agak sendiri lah ya mengikut banyak mana ayam yang ada

1.  Ayam
2.  halia, bawang putih, - tumbuk
3.  bawang besar - hiris nipis
4.  cili mesin
5.  garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1.  Ayam dibasuh bersih, gaulkan dengan kunyit dan garam
2.  Selalunya goreng dulu ayam ni - tapi jangan sampai garing nanti ayam tu keras, - tapi kali ni saya gunakan teknik baru - letakkan ayam tu dalam kuali dan tutup. Nampak teknik ni daripada FB Kak Ida' kitchen, Ayam akan mengeluarkan minyak dia sendiri.  Ayam tersebut tidak akan keras. Setelah masak ketepikan.
3.. Tumiskan halia, bawang putih, bawang besar sampai garing dan naik bau
4.  Masukkan cili mesin, masukkan gula, garam - kalau suka masukkan perasa
5.  masak sampai garing - naik minyak
6.  masukkan ayam tadi, gaulkan sampai rata - dah siap

Labu tumis air

Ini memang masakan orang kampung - teringat masa kecik kecik dulu huhuhu

bahan-bahan


  • Labu - hiris nipis ya - bukan potong macam buat masak lemak tu
  • ikan bilis
  • bawang merah
  • bawang putih
  • garam
  • minyak untuk menumis - sikit jer ya

Cara-cara


  1. Ikan bilis, bawang dan bawang putih di tumbuk 
  2. Tumis bahan tumbuk di atas sampai naik bau
  3. masukkan air
  4. masukkan labu
  5. masukkan garam
  6. biarkan sehingga labu empuk - dah siap senang dan sekejap sahaja

Ikan Tenggiri Masin

Goreng ikan masin, perahkan limau dan potong cili

huuuu memang sedap tak payah lauk lain, habis seperiuk nasi dan si adik tak habis habis puji -"sedaplah lauk mama hari ni" - masak dengan kasih sayang memangla sedap.



Monday, October 8, 2018

Sarapan ala ala western - bbq sausage

Pagi ni breakfast ala western, dh lama tak buat, ini lagi cepat daripada buat nasi lemak, sup cendawan tin, baked bean tin, telur 1/2 masak, sausage ayam bbq, roti celup telur, salad, masa penyediaan lebih kurang 1/2 jam, tambah pulak dgn hot chocolate! Sambil hirup bayangkan sedang berada di Manchester dgn suasana yg dingin dan berangin walaupun tengah duduk kt meja makan di rumah haha - berangan memang best hilang duka nestapa

Roti telur

Roti gardenia dicelup telur yang dipukul bersama sedikit garam dan serbuk lada hitam - cairkan butter atau marjerin atas pan dan letakkan roti sehigga kekuningan.

BBQ Sausage

Sausage direbus terlebih dahulu sehingga masak, kemudian gaulkan dengan serbuk BBQ (beli ready made) saya guna hilmie bbq, cairkan butter atas pan dan golekkan sausage sehingga rempah bersalut dengan sausage.

Telur separuh masak

tak perlu ajar kot saya guna bekas telur yang sebelah kiri ni jer, senang - tuang air panas dan masukkan telur, cantik jer kejadiannya. 

Baked bean

Buka tin tuang dalam mangkuk jer - saya guna cap ayam sebab ini yang terbaik dan sedap

Sup cendawan

saya guna brand campbell - tuang dalam periuk, gunakan tin yang sama masukkan air dan tambahkan ke dalam sup cendawan tadi.  kacau sehingga mendidih.

Salad sayur tu

huhu itu lagi senang potong ajer mana sayur yang sesuai dan ada kat dapur, saya gaulkan dengan kew pie baked sesame untuk menambah rasa.

selamat mencuba






Friday, June 22, 2018

Ayam masak hitam

dah tak tau nak masak apa.. so mari cuba masak ayam hitam ni, sedap dan cepat dan mudah.

Bahan-bahan


  • sekor ayam
  • 3 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • rempah 4 beradik
  • buah keras - kalau ada
  • daun pandan - kalau ada
  • cili mesin
  • tomato puri - kalau ada - kalau tak ada gantikan dengan sos tomato atau buah tomato diblend hancur
  • kicap manis
  • kicap masin


Cara-cara:

1.  ayam dilumur garam dan kunyit, goreng - jangan terlalu garing, supaya tidak keras, dan ketepikan
2.  blend semua bahan, kecuali rempah 4 beradik dan daun pandan
3.  Tumis rempah 4 beradik dan daun pandan sehingga naik bau
4.  masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing atau terbit minyak
5.  masukkan kicap manis dan kicap masin
6.  masukkan ayam yg telah digoreng tadi
7.  kacau rata - dah siap



Friday, May 18, 2018

Ayam Masak Bali


Bahan-bahan

Ayam - lumurkan dengan garam dan kunyit
serai
daun kari
bawang besar
bawang putih
halia
cili mesin
garam
kicap manis

Cara-cara
1.  goreng ayam jangan terlalu garing supaya tidak keras - ketepikan
2.  mesin serai, bawang, halia, bawang putih
3.  tumiskan bahan mesin sehingga naik bau
4.  masukkan cili mesin - tumis sampai garing
5.  masukkan daun kari,
6.  masukkan ayam, kacau sampai rata
7.  hidang panas-panas bersama nasi panas

**gambar akan menyusul kemudian, akibat tak sempat nak ambil gambar dah kena ngap

Wednesday, April 25, 2018

sudah lama tidak bersiaran.... tunggu tak lama lagi resepi baru akan datang

Wednesday, October 11, 2017

Daging Kaprau

dah jemu makan daging kicap, daging kari, daging lemak, so hari semalam daging kaprau, guna pes tom yam, sedap juga makan dengan nasi panas


bahan-bahan

1.  cili api - ikut pedas
2.  bawang besar 1 biji
3.  pes tomyam 2 sudu - ikut rasa
4.  daging setengah kilo 
5.  cili sos thai
6.  daun basil atau selasih - klu tak ada tak pe

Cara-cara
1.  Perap daging dengan pes tomyam selama setengah jam
2.  tumis cili api dan bawang besar hingga naik bau
3.  masukkan daging yang telah diperap, masak sampai daging empuk atau masak
4.  masukkan kicap manis dan sos cili thai
5.  kacau sampai rata, masukkan daun basil
6.  cukupkan rasa kalau perlu tambah garam atau gula - selalunya dah sedap rasa sebab pes tomyam tu dah cukup rasa - saya suka berkuah sikit, kalau nak kering -  masak sampai kering la
7.  angkat dan hidangkan dengan nasi panas