Wednesday, March 10, 2021
Kek Red Velvet Lembut
Friday, January 8, 2021
Brownies lembut
Musim hujan sejuk sejuk ni tetiba teringin nak makan benda manis. Nak buat benda yang renyah malas, terfikir ke brownies - mudah jer gaul dan masukkan je ke dalam oven atau air fryer tunggu setengah jam dah masak. Kali ni try buat brownies lembut, memang lembut makan dengan aiskrim memang sedap satu potong memang tak cukup. Adunan ni dapat sikit jer kalau nak lebih boleh gandakan adunan. Bila dah masak sekali hadap jer dah habis.
Bahan-bahan
- 1 cawan coklat cairkan bersama 1/2 cawan butter ketepikan
- 1 cawan gula halus
- 1/2 cawan gula perang
- 3 biji telur
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan serbuk koko
Cara-cara
- Pukul telur sebiji sebiji dengan gula
- Masukkan coklat n butter cair kacau sehingga sebati
- Masukkan sedikit garam dan esen vanila kacau
- Masukkan tepung dan serbuk koko yg telah di ayak
- Kacau sehingga sebati
- Bakar
Monday, December 21, 2020
Nasi Biryani Power
Nasi biryani
Sebelum ni buat nasi biryani kawan dari singapura yang ajar itu cara orang melayu. Tapi kali ni kita guna resepi dari orang India pulak. Ambil dari Instagram Whiskaffair. Dalam instagram tu dia masak sekali nasi dengan ayam atau kambing, tapi yang ni saya asingkan. Memang power, tengokla pulak bahan-bahan dia macam macam. Tapi buatnya memang senang.
Bahan untuk nasi (semua ni ada yang saya agak-agak ada yang ikut sukatan dalam instagram tu)
- 2 helai daun salam
- Jintan manis
- Kulit kayu manis
- buah pelaga
- bunga cengkih
- bawang besar hiris
- halia bawang putih
- tomato
- yogurt
- daun ketumbar
- serbuk cili
- serbuk kunyit
- tempah biryani
- garam
- cili hijau
- sos tomato
- gula
Cara-cara masak nasi
1. Tumis daun salam, jintan manis, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih sampai wangi
2. Masukkan bawang besar hiris sampai wangi
3. Masukkan halia dan bawang putih tumbuk sampai naik bau
4. Masukkan tomato dipotong dadu dan yogurt, daun ketumbar, serbuk cili, serbuk kunyit dan rempah biryani - sampai naik minyak
5. Masukkan air sama banyak dgn sukatan beras tunggu sampai mendidih
6. Masukkan beras yg telah direndam 20 minit dan toskan, kacau tunggu sampai nasi kering
7. Pindahkan ke dalan rice cooker selesai
Ayam
1. Gaulkan ayam dengan yogurt, kunyit, garam, serbuk cili, rempah biryani, cili hijau, halia dan bawang putih tumbuk, minyak, tomato potong dadu atau sos tomato, gula
2. Masak atas dapur sampai masak klu terlalu kering boleh tambah air
jadilah nasi dan ayam biryani kalau nak sedap lagi makan dengan kuah dal dan acar mentah
Friday, November 6, 2020
Shepard's pie
Bahan-bahan
Bahagian Atas:
8 biji kentang
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan cedar cheese
sedikit garam dan lada hitam
Bahan untuk bahagian bawah:
1 paket daging / ayam hancur
1 batang karot - potong dadu
1 biji bawang holland - potong dadu
3 ulas bawang putih
daun rosmary
lada hitam
garam
kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar sos spaghetti
Cara-cara (Bahagian atas)
1. Rebus kentang sehingga lembut, toskan
2. Lenyek kentang, masukkan lada hitam, garam, butter dan cedar cheese
3. Gaulkan dan masukkan susu sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu lembik
4. Gaulkan sehingga sebati, ia mengikut jenis kentang, ada kentang yang lembik dan keras, jik kentang jenis lembik kurangkan susu
Cara-cara (Bahagian bawah)
1. Tumiskan bawang holand sehingga wangi
2. Masukkan karot, masak sehingga empuk dan masukkan bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan daging hancur kacau, masukkan tepung jagung yang dicampur dengan semangkuk air.
4. Masukkan kiub ayam, rosmary, garam lada hitam dan sos spaghetti
5. Kacau sehingga pekat
Bila dah selesai semua proses di atas letakkan bahagian bawah di dalam dulang pembakar, ratakan dan lapiskan di bahagian atas dengan lapisan atas. Bakar dalam oven sehingga lapisan atas kekuningan.
Wednesday, July 1, 2020
Sotong goreng tepung bistari
Monday, June 29, 2020
Ayam Rica Rica
- bawang putih
- bawang merah
- serai
- halia
- lengkuas
- daun salam - tak bubuh sbb tak ada kt dapur
- buah keras
- cili mesin - kalau ikut originalnya guna cili rawit - tak ada
- daun selasih/basil
- kiub pati ayam - optional
- Ayam
- garam, gula
Wednesday, June 17, 2020
Kek coklat moist guna yogurt
Tuesday, June 2, 2020
Laksa Lemak Nyonya
| Gambar dari Google |
Sebenarnya bukan makan dengan laksa, tapi makan dengan mi kuning dia macam mi kari tapi kuahnya tak bubuh rempah kari pun. so saya simpan kat sini resepinya supaya anak cucu boleh ambil nanti. Gambar tu dari Google tak sempat nak snap sendiri punya.
Bahan:
Minyak untuk menumis
1 kotak santan - saya pakai santan kara
12 keping tofu kering - potong 2
1 paket fish ball
4 sudu sos ikan atau garan secukup rasa
1 sudu gula
mi kuning atau mi hoon atau mi laksa
daun ketumbar, limau nipis/kasturi, tauge mentah - masukkan masa hidang nanti
Stok Udang
500 gram udang
sedikit minyak
kiub ayam
Kuah Laksa
10 biji cili kering
1 sudu udang kering
1 sudu besar lengkuas di hiris
1 sudu besar halia hiris
1 serai dititik
4 biji bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 akar daun ketumbar - hiris
1 sudu rempah ketumbar biji
1/2 sudu serbuk kunyit atau kunyit hidup
1 sudu besar belacan
3 biji buah keras
Cara-cara:
Stok Udang:
1. Udang dicabut kepalanya - kepala udang jangan dibuang ya - bersihkan udang
2. Panaskan minyak - masukkan kepala udang - tekan tekan kepalanya sampai kepala udang masak
3. Masukkan air dan kiub ayam sehingga mendidih
4. Tapiskan - ambil airnya sahaja - ketepikan
Kuah Laksa:
1. Rendam cili kering dalam air panas atau rebus sampai masak
2. Mesin cili kering dengan semua bahan untuk kuah di atas.
3. Panaskan minyak, tumis semua bahan di atas sehingga naik bau
4. Masukkan santan - kacau
5. Masukkan air udang tadi dan kacau
6. Masukkan sos ikan atau garam, gula, perasa
7. Kecilkan api, masukkan tofu kering dan fish ball dan udang - biarkan mendidih
8. Kalau sudah secukup rasa - bolehla dihidangkan bersama mi kuning/laksa/mi hoon, daun ketumbar (jika suka) tambah kerang rebus dan tauge mentah - ada juga yang tambah telur rebus
Rendang Ayam Pahang
bahan:
1 ekor ayam
3 batang serai - titik1 keping asam keping atau air asam jawa secukup rasa 2.5 cawan santan
minyak masak untuk menumis
Garam dan gula
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
1 mangkuk cili kisar - ikut kepedasan
2 inci halia
2 kunyit hidup
2 ibu jari lengkuas
5 biji buah keras
Cara cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hiris sehingga garing dan wangi.
1 cawan kerisik
Hiris:
Kisar:
2 sudu besar rempah ketumbar
1 helai daun kunyit - siat
2 helai daun limau purut - siat
2. Masukkan cili kering dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan bahan kisar
4. Masukkan daun limau purut, daun kunyit dan serai
5. Masukkan ayam - kacau, tunggu hingga kering air
6. Masukkan santan
7. Nampak agak pekat, masukkan asam, kerisik, gula, garam, perasa (ikut suka)
8. Kacau hingga pekat - ikut suka ada orang suka berkuah ada orang suka kering - dah siap
Rendang Telagi
![]() |
Wednesday, October 23, 2019
Ikan Siakap Masak Kengsom
Bahan-bahan:
1. ikan siakap sekor
2. Cili merah 2 biji *
3. Cili api pedas tu 5 biji - kalau nak pedas boleh lebihkan *
4. bawang merah besar - 1 biji *
5. bawang putih - 3 ulas *
6. serai sebatang *
7. kunyit hidup agak-agak*
8. belacan agak-agak *
9. nenas
10. kangkung
11. asam keping - resepi asal air limau
12. air asam jawa
13. garam
14. gula
Cara-cara
1. mesin semua bahan bertanda *
2. masukkan bahan yang telah dimesin ke dalam periuk, masukkan air secukupnya
3. masukkan nenas dan asam keping dan air asam jawa
4. biarkan mendidih, masukkan ikan siakap,
5. masukkan garam dan gula
6. biarkan ikan masak, masukkan kangkung
7. kangkung dah layu atau masak dahhh siap tutup api dan hidangkan
Monday, October 7, 2019
Ayam goreng telur masin (Salted egg chicken)
Bahan-bahan
1. Dada atau isi ayam - potong kecil
2. Tepung jagung - saya guna tepung bestari jer
3. Daun kari
4. Cili api
5. Susu cair - saya guna susu kotak nestle
6. Butter
7. Serbuk telur masin
8. Bawang putih - tumbuk
Cara-cara:
1. Gaulkan ayam yang telah dipotong dengan tepung
2. Goreng ayam sampai masak, kalau rangup lagi sedap, ketepikan.
3. Cairkan butter dalam kuali
4. Masukkan cili api, daun kari dan bawang putih, goreng sampai naik bau
5. Masukkans susu cair, kacau
6. Masukkan serbuk telur masin, kacau sampai kering, kalau suka berkuah, jangan biarkan sampai kering
7. Masukkan ayam, gaulkan mengikut kepekatan yang diingini, contoh saya punya tu saya buat sampai kering sebab sukat makan rangup-rangup
8. dah siap
Friday, October 4, 2019
Cekodok Labu
Bahan-bahan - agak-agak ya mengikut keperluan
1. Labu - rebus sampai empuk dan lenyek
2. Tepung gandum
3. Gula perang - klu tak ada gula putih pun boleh
4. Soda bikarbonat sikit - klu suka kalau tak suka tak payah letak-tujuan dia nak bagi dia cantik kembung - ada orang tak suka letak
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dan gaul sampai rata, macam kita buat cekodok pisang tuuuu
2. Perapkan sekejap nak bagi dia naik, kalau nak cepat tak payah perap goreng jer terus.
3. sudukan masuk dalam minyak panas, api jangan besar sangat nant hangus
4. dah siapppp
|



