|
Gambar dari Google |
Ini resipi mak mertua saya, dah lama suami suruh cari resepi ni, try mintak dengan mak mertua tapi dia dah lupa, cuba buat sendiri tak jadi - bukan cita rasa suami, banyak kali cuba buat tapi semua tak menjadi, try pi makan kat kedai pun, tak sama juga macam mak dia buat huhu, akhirnya try resepi dari minah ni Puan Marion Gatsby ini linknya:
https://www.youtube.com/watch?v=vdRbJAw2Qjc tapi saya tambah sikit letak kerang, sebab suami kata mak dia letak kerang. Memang sedap...
Sebenarnya bukan makan dengan laksa, tapi makan dengan mi kuning dia macam mi kari tapi kuahnya tak bubuh rempah kari pun. so saya simpan kat sini resepinya supaya anak cucu boleh ambil nanti. Gambar tu dari Google tak sempat nak snap sendiri punya.
Bahan:
Minyak untuk menumis
1 kotak santan - saya pakai santan kara
12 keping tofu kering - potong 2
1 paket fish ball
4 sudu sos ikan atau garan secukup rasa
1 sudu gula
mi kuning atau mi hoon atau mi laksa
daun ketumbar, limau nipis/kasturi, tauge mentah - masukkan masa hidang nanti
Stok Udang
500 gram udang
sedikit minyak
kiub ayam
Kuah Laksa
10 biji cili kering
1 sudu udang kering
1 sudu besar lengkuas di hiris
1 sudu besar halia hiris
1 serai dititik
4 biji bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 akar daun ketumbar - hiris
1 sudu rempah ketumbar biji
1/2 sudu serbuk kunyit atau kunyit hidup
1 sudu besar belacan
3 biji buah keras
Cara-cara:
Stok Udang:
1. Udang dicabut kepalanya - kepala udang jangan dibuang ya - bersihkan udang
2. Panaskan minyak - masukkan kepala udang - tekan tekan kepalanya sampai kepala udang masak
3. Masukkan air dan kiub ayam sehingga mendidih
4. Tapiskan - ambil airnya sahaja - ketepikan
Kuah Laksa:
1. Rendam cili kering dalam air panas atau rebus sampai masak
2. Mesin cili kering dengan semua bahan untuk kuah di atas.
3. Panaskan minyak, tumis semua bahan di atas sehingga naik bau
4. Masukkan santan - kacau
5. Masukkan air udang tadi dan kacau
6. Masukkan sos ikan atau garam, gula, perasa
7. Kecilkan api, masukkan tofu kering dan fish ball dan udang - biarkan mendidih
8. Kalau sudah secukup rasa - bolehla dihidangkan bersama mi kuning/laksa/mi hoon, daun ketumbar (jika suka) tambah kerang rebus dan tauge mentah - ada juga yang tambah telur rebus