Resepi ayam ungkep ni saya ambil dari facebook Resepi Hari Ini, boleh tengok video sekali kat sini. Tapi saya dah tukar sikit mengikut cita rasa sendiri. Sedap dimakan dengan pulut atau nasi panas, lapi diperangat lagi sedap.
Bahan
1 ekor ayam
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 kotak santan
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam
15 biji cili api - optional mengikut cita rasa
Bahan tumis
1 biji bawang besar - hiris
2 batang serai - titik
minyak secukupnya untuk menumis
Bahan Tambahan - kena ada baru sedap
1 keping asam keping
2 biji ubi kentang - potong 4
3 biji tomato belah 4
10 biji cili padi
2 helai daun kunyit - siat
air secukupnya untuk empukkan ayam - kalau ayam pencen kena lebih air
Cara
1. tumiskan bahan tumis sehingga garing dan naik bau
2. masukkan bahan kisar hingga garing dan naik bau
3. masukkan ayam dan kentang
4. masukkan air - biarkan sehingga ayam masak dan ubi empuk
5. masukkan santan, garam, gula dan asam
6. biarkan sehingga mendidih dan sedikit kering atau sehingga naik minyak
7. masukkan daun kunyit, tomato dan cili padi
8. masak sehingga tomato layu, biarkan sedikit kering
dah siap
No comments:
Post a Comment